Isnin, 5 Mac 2012

BILA NAK MINTA MAAF????


Watan bertinta

Najib, PM kita dah mohon maaf di Kuala Ketil beberapa hari yang lalu. Dengan rendah diri selaku PM beliau akui ada beberapa kesalahan dan kelemahan yang BN lakukan sehingga hilang 4 buah negeri dan majoriti 2/3. Patutnya Pak Lah dan menantunya KJ yang perlu mohon maaf kerana angkara mereka berdualah rakyat muak dan bencikan BN pada PRU 2008 lalu.

Dan di Kedah tatkala PRU 2008 lalu, rakyat marahkan Mahdzir Khalid kerana sikap 3G nya. Apa itu 3G tanya rakan rapatnya. Rakyat Kedah marah kerana Mahdzir Khalid menentang dan menekan Tun Dr Mahathir sehingga tewas G7 dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Dan rakyat Kedah marah kerana Mahdzir Khalid utamakan kroninya.
Dan tidak salah kita katakan Mahdzir Khalid pun turut menjadi punca terbesar BN kalah di Kedah buat pertama kali semenjak 1957. Tapi sehingga kini Det Khalid belum mohon maaf pada ahli UMNO dan rakyat Kedah. Sehingga kini beliau tidak bersedia mengakui kesilapannya.

Dan ingat.. semasa Det Khalid jadi Pengerusi UMNO dan BN Kedah, Tok Bashah adalah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, jadi tok Bashah juga bersalah kerana gagal mengatur program yang berkesan. Jadi bila Tok Bashah nak minta maaf ? Bila lagi Tok Bashah nak akui bahawa meskipun sekarang beliau memimpin UMNO Kedah, namun jelas secara keseluruhannya UMNO kurang bermaya.

Bila agaknya Ketua UMNO Bahagian, dan calon yang tidak terpilih dalam PRU lalu yang mensabotaj parti dan rakannya sendiri mahu memohon maaf dan mengakui kesilapan mereka? Kenapa, kebal dan sombong sangatkah mereka ini?

Dan yang lebih penting bila pula Azizan, Pahrolrozi dan semua EXConya mahu memohon maaf? Memohon maaf di atas kegagalan dan kebengapan mereka mentadbir negeri sehingga habis huru hara, celaru dan cempera.. Mahukah mereka akui dan insafi diri bahawa mereka ini sebenarnya tidak layak dan tidak mampu mentadbir. Bak kata orang PERAK, 'mengabihkan boras aje'..

Justeru yang rasa bersalah dan berbuat dosa pada rakyat, kawan rakan dan khianati parti dan gagal dalam laksanakan amanah dan mungkiri janji kepada rakyat cepat-cepatlah mohon maaf sebelum Izrail memanggil kamu...

Dan kalau ada tulisan Watan bertinta yang mengguris hati sesiapa, maaf dipinta ampun dihulur.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Antara punca BN Kedah kalah kerana bala dari Allah.Pemimpin UMNO Kedah banyak buat kemunkaran dan maksiat.

2.Masa Pru 12 yang lalu banyak ketua bahagian/ketua pemuda yg tak jadi calon sabotaj parti.Duit parti mereka guna tikam kembali BN dan UMNo.Wah sekaranh ini mereka ada dah jadi ketua bahagian dan macam-macam lagi.

3.Dato Bashah masa tu jadi SU Perubungan pun tak buat apa untuk UMNO Kedah.Relek sahaja.Dia pun tak buat kerja dan pgrogram seluruh negeri.

4.Pegawai di Pejabat MB termasuk setpol lagak je lebih.

Mereka ini wajib secara terbuka minta maaf segera.Rakyat dan ahli UMNO tahu siapa dia kaki tikam UMNO masa Pru12 yang lalu.

Dengar cerita di sekita Kedah katanya ada Ketua bahagian ugut PM agar dia jadi calon.kalau tidak dia buat sesuatu.Bukan seorang malah lebih dari satu Ketua bahagian.

Dato Najib inilah pesan kami rakyat Kedah.Mereka ini adalah muka basi dan layu.Menang ketua bahagian keran tabur duit masa pelmilihan.Yang menang pun tabur duit banyak.Yang kalah pun tabur duit banyak.Siapa tabur lebih maka dialah yang menang.

Dato najib jangan percayalah yang ramai dekat kuala ketil itu.Ramai kerana angkut beratus biji bas sekolah,bas persiaran.Kalau tak angkut tak jadi kerja.100 kali program orang sama diangkut pergi balik/dato Najib jangan kena tipu.

Kalau kena tipu Kedah kalah lagi.Pemimpin UMNO bukan buat kerja pun.Pi mai pi mai tang tu juga.Tak habis dgn pgrogram bagi hamper.Aktiviti lapuk zaman 30 tahun dulu masih diamalkan.Syok sendiri tak habis lagi.

Buatpgogram pemukiman.Gah sahaja.Tipu Dato Naib.Ada ADUN angkat yg tak nampak muka pun.makan diri balik.Buat di kampung samapi orang tyempatan pun tak tahu majlsi apa benda yg ada.Ahli UMNO sendiri pun tak tahu.Tambah ahli MCA/MIC/Gerakan.lagilah tak tahu.Syok sendiri lagi.

Setakat 20 ribu,30 ribu bukan boleh bangga sangat.Kena ingta pengundi di Kedah sedah hampir 900 ribu.

Soal calon ini penting.kalau Dato Najib letak muka basi juga yang menang dgn duit tapi rakyat meluat.Tunggualah.

UMNO Kedah banyak muka basi,.

Bingai @ Bangang berkata...

aku pun nak mohon maaf kerana aku ni memang bingai @ bangang sehingga susah nak bagi paham bebudak sekarang yang nak pandai dan nak tunjuk pandai sehingga sanggup menggadaikan maruah, bangsa dan agama.

aku nak mohon maaflah sebab tak nak campur dengan bangkai-bangkai yang Rasulullah sendiri tak nak ngaku umat.

Aku nak mohon maaf sebab memang kepantang aku kalau berkawan dengan malaun yang tibai bini orang. (kalau janda, anak dara atau anak tak dara tu sound-sound la kat aku.)

aku nak mohon maap pada korang yang tak reti nak buat perhitungan di dalam kelompok sendiri tetapi lebih suka memperjudikan nasib rakyat dan negara dalam pilihanraya.

akhir sekali aku nak mohon maap kepada korang sema sebab mak bapak korang yang seangkatan dengan aku pun BINGAI @ BANGANG macam aku sehingga membiarkan korang jadi lupa diri dan TAK RETI MENGENANG BUDI.

mintak maapla ye......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates