Khamis, 29 Mac 2012

Cadmium Telluride - Kilang Berbahaya Di Kedah

Kelulusan Kilang First Solar oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah amat membingungkan penduduk Kedah yang berpengetahuan. Ini adalah kerana kilang tersebut memproses bahan berbahaya yang dinamakan Cadmium Telluride, yang mempunyai tahap toksik yang tinggi dan memerlukan kawalan yang rapi.

Sebagaimana projek rare earth di Kuantan yang ditentang hebat oleh Pakatan Rakyat, Cadmium Telluride juga memerlukan kawalan rapi dari segi penyimpanan dan pelupusan. Sehingga kini, dikatakan kerajaan negeri tidak langsung mempedulikan nasib dan risiko yang dihadapi oleh pekerja di Kilang tersebut. Malah lebih teruk, kerajaan Kedah sering mengwar-warkan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh kilang tersebut dan langsung tidak pernah memperdulikan tentang langkah keselamatan yang sepatutnya.

Telah terbukti terbukti dengan kejadian yang telah meragut nyawa pekerja disitu akibat bahan kimia kilang tersebut.

Cadmium telluride is toxic if ingested, if its dust is inhaled, or if it is handled improperly (i.e. without appropriate gloves and other safety precautions). Once properly and securely captured and encapsulated, CdTe used in manufacturing processes may be rendered harmless. CdTe appears to be less toxic than elemental cadmium, at least in terms of acute exposure.

The toxicity is not solely due to the cadmium content. One study found that the highly reactive surface of cadmium telluride quantum dots triggers extensive reactive oxygen damage to the cell membrane, mitochondria, and cell nucleus. In addition, the cadmium telluride films are typically recrystallized in a toxic solution of cadmium chloride.

Jika sebelum ini PAS asyik menjaja yang pelaburan di KHTP begitu banyak kerana kemasukkan First Solar serta KHTP sudah kehabisan tanah kerana pelaburan yang banyak; walhal semua tanah di fasa 3 telah habis dibeli First Solar semasa kerajaan BN memerintah lagi.

Kini kita nak tanya apa reaksi Kerajaan PR jika kita katakan Cadmium Telluride juga bahan merbahaya yang dihasilkan oleh First Solar.

Apakah mereka melompat dan meloncat macam mereka protes terhadap Lynas walaupun kawalan rapi dari segi penyimpanan dan pelupusan telah dijanjikan oleh pihak Lynas?

Apakah mereka akan tuding jari balik kepada kerajaan BN dulu yang meluluskan First Solar? Jika mereka tuding jari kepada kerajaan BN bermakna mereka iktiraf yang BN lah yang membawa masuk First Solar ke Kulim, bukan kerajaan sekarang.

Pelik bin Ajaib, jika kilang yang menghasilkan baham merbahaya di Kulim dan bakal ada di Seberang Perai tidak langsung diambil peduli, kenapa LYNAS di Pahang begitu diambil berat.

Inilah yang dikatakan kuman di Seberang laun nampak, gajah depan mata buat tak tahu. Politik parti sendiiri diutamakan, rakyat diketepikan. Mungkin sesuai slogan atau manifesto ini digunakan oleh PR pada PRU13 kelak.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

cadmium telluride=CDtE

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates