Jumaat, 9 Mac 2012

Calon PRU dan Timbalan Presiden PAS

Kedah Times berpendapat bahwa pembaca tidak akan merasa hairan jika PAS yang memperjuangkan negara berkebajikan ingin meletakkan calon bukan Islam pada PRU13 kelak mewakili PAS.

Apa nak diherankan, Timbalan Presiden PAS pun boleh diisi oleh bukan Islam. Inikan hanya calon!

Kedah Times ingin beritahu penyokong-penyokong PAS yang parti hangpa semua sudah menjadi parti caca merba.


Susulan langkah meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya umum 2008, Pas dijangka menurunkan calon bukan Muslim di enam negeri kali ini.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kepimpinan parti itu di Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah diminta memberi perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket Pas sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura.

Keenam-enam negeri tersebut, menurut Mujahid, mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan.

"Saya berharap sangat negeri-negeri berkenaan supaya memberikan semangat kepada DHPP sementara masih ada ruang untuk diisi oleh mereka," kata beliau kepada Harakahdaily..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates