Khamis, 22 Mac 2012

DAP parti rasis

DAP mengatakan yang mereka adalah parti yang membawa keadilan sejagat untuk semua kaum.

Tapi DAP sebenarnya tidak pernah memperdulikan bangsa lain selain bangsa Cina. SIkap chauvisit mereka teserlah dalam pertelingkahan Karpal Singh dengan P Ramasamy. Dibiarkan mereka bertelagah. Biar kaum India dalam DAP berpecah, maka senanglah LKS dan LGE memerintah.

Begitulah apa yang berlaku pada zaman bintang tiga dan parti komunis Malaysia bermahajalela dulu. Bangsa Melayu yang berjuang bersama mereka hanyalah alat untuk memecahbelahkan bangsa Melayu. Mat Indera adalah salah seorang daripadanya.

Jika kita lihat DAP memakaiguna taktik yang sama dimana saja pengaruh mereka wujud. Beberapa kerat Melayu yang lupa diri hanya dijadikan alat untuk masuk kampung atau kawasan majoriti Melayu dan memecahbelahkan perpaduan Melayu.

Di Kedah, DUN Kota Darulaman merupakan kawasan yang jatuh kepada DAP. DAP mempergunakan segala jenis taktik untuk memecahkan penduduk Melayu kawasan ini. 

Persoalan kita ialah kenapa masih ada Melayu yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi Malaysia ini untuk menjahanamkan pemerintahan yang ditunjangi orang Islam? Bukankah itu dinamakan pengkhianatan?


Godfather DAP Tunjuk Kuasa

Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.

Selepas berperang mulut dengan timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.
- Malaysiakini, 29 Disember 2011 -

Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.

Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia.

Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja.

Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.

Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.

Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.
- Malaysiakini, 18 Mac 2012 -

Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat.

Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan diktatorship Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang.

Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP.

Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.

DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup.

1 comments:

Omar Ja'afar berkata...

kesian PAS! asyik kena buli DAP saja!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates