Selasa, 13 Mac 2012

DATO NAJIB... BIARKAN RAKYAT KEDAH BERBICARA...


WATAN BERTINTA

Ramai orang berkata pengunduran Kak Jat menyebabkan UMNO berasa lega.. Tiada lagi label lembu selepas ini kepada WANITA UMNO dan ahli UMNO seluruhnya. TAHNIAH KAK JAT, meskipun Kak Jat wanita tetapi keberanian Kak Jat mengalahkan pemimpin lelaki UMNO yang banyak dosa dan masalah tapi masih berpaut pada dahan parti menjadi biawak hidup dan memeningkan kepala PM dan TPM.

Duhai Dato Najib, politik dunia kini dilihat pada integriti, wibawa dan ketelusan bukan lagi retorik.. Dunia barat sudah lama mengamalkannya.. Tidak seperti kita, sudah dituduh bersalah dan ada bukti bersalah sekalipun masih dibawa agenda peribadi untuk menggamatkan negara.. Inilah yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya yang memang HANTU.

Duhai Dato Najib, tuan memang popular tetapi BN dan UMNO misalnya di Kedah belum tentu popular. Sebagai orang Kedah kami tidak boleh selalu mengharapkan orang Kuala Lumpur apabila kami ditimpa kesusahan.. 

Sebab itu izinkan kami rakyat Kedah berbicara.. Dan dengarlah bicara ini, suara umum kehendak majoriti rakyat Kedah. Fahamilah dan ambilah tindakan yang perlu tatkala UMNO dan BN masih punya masa kecederaan..

YAB DATO SERI PERDANA MENTERI, INILAH LUAHAN KAMI RAKYAT KEDAH.

1. UMNO dan BN Kedah hakikatnya belum benar-benar bersedia untuk hadapi pilihanraya. BN dan UMNO masih gagal meyakinkan kami jadi bagaimana kami boleh yakin untuk memberi undi kepada BN nanti meskipun kami sedar PAS, PKR dan DAP gagal dalam mentadbir Kedah???

2. Dato Bashah dan golongan kuno di tingkat 6 dan 7 gagal mengemudi UMNO dan BN Kedah untuk lebih menyerlah... LEBIH bersemangat, lebih bijak, lebih berani dan lebih segala-galanya berbanding PAS, PKR dan DAP.. Yang lebih mungkin kuat sembang, kuat tidur dan kuat mengampu serta kuat menafi..

3. Jangan terlalu percayakan undi Cina dan India, apa yang dibagi mereka ambil tetapi undi belum tentu

4. Jangan terlalu bergantung atau kasihan pada kawan rakan YAB Dato Seri yang pernah sama-sama menjadi Ketua Pemuda dahulu, mereka ini sudah expired, rakyat sudah muak dan kalau boleh buatlah pilihan teliti sebelum nama calon diumumkan di Kedah.

5. Komponen BN di Kedah pula ibarat hidup segan mati tak mau.. Mereka ini lebih banyak menyusahkan berbanding mahu meringankan dan melengkapkan kerja UMNO..

6. Perpecahan dalaman UMNO di banyak bahagian di Kedah masih belum temui jalan penyudah.. Kerana ramai pemimpin syok sendiri dan tak sedar diri...

7. Hakikatnya UMNO dan BN Kedah sepanjang 4 tahun gagal memberikan saingan berkesan untuk menggugat pemerintahan kerajaan PAS, PKR dan di Kedah.

8. PAS, PKR dan DAP bukan kuat di Kedah, tetapi UMNO dan BN Kedah terus dalam dunianya. Terus syok sendiri, terus dalam sindrom penafian dan terus dengan langkah dan lagak sumbang..

Duhai YAB Dato Seri, kalau betul UMNO dan BN Kedah mahu mengambil kembali negeri Kedah dari tangan PAS, izinkan rakyat Kedah berbicara, dengar dan teliti pandangan rakyat terbanyak yang tidak punyai apa-apa kepentingan...

Fahamilah harapan kami dan dengan penuh keberanian YAB Dato seri selaku pemimpin utama, laksanakanlah.... Apa yang perlu.. Demi memastikan UMNO/BN Kedah boleh menang..

Politik hari ini memerlukan pejuang, pemikir dan penyelesaian kepada masalah rakyat. Politik hari ini memerlukan pemimpin yang berani, luhur dan jujur..

Cukup cukuplah kami rakyat Kedah ditipu baik oleh PAS, PKR, DAP ataupun UMNO dan BN dengan lagu-lagu lama.. Rakyat KEDAH bukan bodoh, kami bukan hidup dizaman batu..

Jika benar YAB DATO SERI inginkan Kedah kembali ke pangkuan UMNO/BN, Dato Seri perlu berani untuk ketepikan golongan pengampu, pembodek, pensabotaj dan pengkhianat parti dari mereka ini terus menguasai UMNO Bahagian, Cawangan dan UMNO Negeri..

Hanya dengan cara ini UMNO kembali kuat, rakyat kembali taat dan komponen BN akan turut serta memberi hormat..

Hanya dengan kuasa, arahan dan tindakan YAB Dato Seri sahaja selaku presiden parti, si kitol dan si penjahanam parti ini dan semua oportunis ini boleh kita kumpul untuk kita ikat mereka beramai-ramai dan kita kuarantinkan di Pulau Tuba sebelum kita humban mereka ke dalam laut..

Beranikah Dato Seri berbuat begitu?? Korbankan kawan rakan dan kaki pengampu demi menyelamatkan parti???? Jika Kak Jat sanggup korbankan jawatan dan kedudukkannya demi selamatkan parti apakah DATO Seri tidak sanggup berkeras menggunakan sedikit kuasa untuk menghalang dan memadamkan api dalam sekam dan membanteras duri dalam daging yang menjalar di dalam UMNO dan BN Kedah??? Saya percaya Dato Seri boleh dan mampu melakukannya....

Tepuk dada, buka minda tanya iman..!!!! SELAMATKAN BN KEDAH, SELAMATKAN RAKYAT KEDAH!!!!

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang sudah lama busuk..mereka dapat bertahan diseababkan dasar yg ada ada lah terbaik jika di bandingkan dari alternatif yg ada..pemegang amananah yang menjalankan dasar kerajaan, ramai yang bermasalah..Barisan Alternatif sekarang belum cukup mampu mentadbir dan meneruskan hubungan diplomatik dengan dunia luar..jika mereka menang, hanya berpaksikan satu hubungan sahaja..PAS belum cukup bijak..PKR dan DAP akan memacu pentadbiran negara..asas ekonomi akan memihak mereka..di luah mati emak..di telan mati bapak...aduhaii..

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 3.37 pm
UMNO tidak sebusuk yg awk tuduh.Kalau UMNO busuk ahli keluarga sy yg miskin merempat dahulu tidak dptlah biasiswa, dan perkerjaan yg dgn izin Tuhan berubah dr kemiskinan kepada sederhana. Kalau UMNO busuk awk tkdelah boleh luang masa komen disini, mungkin kesempitan hidup takkan bawa masa awk menyibuk di alam maya.

UMNO memang ada kelemahan..tp alternatif yg ada TIDAK LAYAK untuk memerintah Malaysia..krn sgt BUSUK. PAS adalah parti sesat dan paling kurang adalah MUNAFIQ.

Awk buat matakah tk faham atay buat2 bodoh utk tidak mahu faham PAS punya BUSUK tidak pernah UMNO buat.

UMNO tidak pernah 'serah' Islam dan Aqidah utk gadai jd undi ke kafir

UMNO tidak pernah bernarkan masjid idjadikan medan org Kafir keliruan umat Islam

UMNO jugak banyak memberikan suntikan pd sistem dan ilmu Islam. Pagi2 awk tgk tak TV9? ruangan2 agama yg cukup padat dgn ilmu, hanay golongan pemalas mcm awak sj suka salahkan UMNO, kalau UMNO busuk Islam berkembang cmm skrg ke?. PAS memerintah Kelantan hanya hanyir dgn pembohongan dan retorik Islam..tp mana dia penenerapan Islam? atau hanya pandai kutip duit karung..setelah 'pujukrayu' menggunakan instrumen agama yg palsu.

Kita semua harus jd hamba yg bersyukur pd Tuhan. betulkan pemerintah yg sedia ada, bukan tumbangkan dan cuba paksa DAJJAL (Pakatan Haram) jd manusia utk perintah kita.

Gunalah akal dan hati supaya rasai mcm2 nikmat, betulakn kesilapan UMNO bukan hancurkan.

UMNO Kedah lembab tp tidaklah seteruk PR yg menrosakkan negeri Selangor ke tahap yg maksimum.

Jangan kiat hidup dgn kritikan tp diri kita sendiri pun xbetul.. kita sentiasa DEMAND mcm2 tp apakah sumbangan kita negara? atau kita awk juga mahu tergolong dlm golongan PARASIT agama dan bangsa?

Sorrylah sy xkn sokong Pakatan Syaitan laknatullah itu wpun UMNO belum pulih..the worst case UMNO, kita masih lagi hidup selamat aman damai dn beramal dgn Islam.

JGn haraplah DAP laknatullah itu akan benarkan PAS yg MAHA BAHLOL itu memerintah dgn bergaya..PAS pn xbetul Islam, kafir lagilah akan merosakkannya lagi!

Hancurkan PAkatan Haram!

Tanpa Nama berkata...

Setuju; penat bila tengok dengan UMNO di Kedah.Di Padang Serai Ketua Pemuda boikot ceramah oleh Sdr Lokman.

Penyakit sabotaj dan boikot belum selesai.
Apa nak jadi.Wang ringgit turun tak berenti.
Syok sendiri pagi petang dan malam.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates