Khamis, 8 Mac 2012

Hak Rakyat Kedah Dicabul PAS Di Khalayak.

Penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau dan membuat keputusan bagi pentadbiran kerajaan negeri Kedah adalah satu bentuk pencabulan keatas hak rakyat Kedah yang terang dan nyata. Pencabulan yang berlaku didepan khalayak.
Penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang tidak langsung mewakili suara dan aspirasi rakyat Kedah adalah merupakan satu pengkhianatan PAS kepada rakyat Kedah. PAS Kedah menyerahkan pentadbiran kepada pihak yang tidak langsung dipilih oleh rakyat Kedah untuk mentadbir negeri ini.

Lebih menghina rakyat Kedah apabila kekalutan ini berpunca daripada isu kontrak jutaan ringgit dan bukan dari isu pentadbiran atau agama Islam. Ini memberi bukti jelas apakah keutamaan Pas dalam mentadbir negeri.

Penyerahan kuasa tertinggi  pentadbiran negeri diserah akibat kontrak RM60 juta...MashaAllah.....

Walaupun blog-blog pakatan cuba menunjukkan bahawa isu pergaduhan diantara MB dan Exco beliau telah selesai dan diselesaikan secara harmoni, bolehkah rakyat percaya istilah 'harmoni' ini. Apa jenis harmoni yang sampai kuasa pentadbiran negeri tergadai?

Kalau pertelingkahan 'seharmoni" ini pun, kuasa pentadbiran negeri tergadai kepada kepada tangan asing dari luar Kedah, apakah ini bukan gambaran jika Negara ini ditadbir mereka dimasa depan?

Kedahtimes:
Maruah orang Kedah yang diletakkan begitu tinggi Tunku semasa menuntut kemerdekaan hanya sia-sia apabila Kedah hilang kemerdekaannya dengan mudah ditangan PAS dalam masa hanya 4 tahun.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates