Khamis, 15 Mac 2012

Halakan ke arah Musuh sebenar ..


Kedah Times nak membebel pulak kali ini. Kalau kita lawat blog PakTeh, dia banyak membebel. Maklumlah penebang buluh. Setiap kali dok tebang buluh dan kesunyian, maka bercakaplah dia dengan pokok-pokok buluh. Hahah.

Kini Pakteh dah berminat dengan politik. Dia banyak pengalaman dalam politik terutama politik Sik. SetPol MB Kedah sekarang pun orang Sik. Dia tahu luar dalam politik Sik. PAS, UMNO semua dia tahu. Kedah Times respek yang tu.

Tapi kali ini Kedah Times nak cakap tentang mesin gun saja. Maksud Kedah Times mesin gun yang diberi kepada blogger-blogger atau cybertrooper atau facebooker atau twitter UMNO. 

Dalam Kedah Times dok perati, banyak mesin gun yang diberi lebih banyak digunakan untuk menembak orang-orang sendiri. Sepatutnya laras mesin gun tu patut dihalakan kepada musuh, sebaliknya kawan sendiri dijadikan musuh dan dihalakan ke arah mereka.

Kenapa dihalakan dan ditembak kepada kawan dan rakan?

Heheheh jawapan paling senang ialah ... AKULAH WINNABLE CANDIDATE konon. 

Maka berteraburlah peluru mesin gun dilepaskan kepada kawan seperjuangan. Sehinggakan peluru peribadi pun terkeluar juga. Kesian kawan yang diserang. Dah duduk dalam satu kem, kena tembak pulak oleh rakan taulan sendiri.

Ini yang berlaku di bahagian. Bunuh membunuh, pijak memijak sedang hebat dilakukan demi menonjolkan diri supaya dilihat oleh pihak atasan agar dipilih menjadi calon. Winnable candidate kononnn.

Lagi satu, program cak pong cak pong rancak juga dijalankan. Program dimana jek men-jek, bodek membodek, lambung melambung , kipas mengipas juga rancak berjalan. Kononnya inilah orang-orang yang bekerja keras untuk parti. Mereka lupa yang kerja keras tu ialah menembak sesama sendiri supaya semua musuh seperjuangan dalam kem mati dibunuh.

Apa nak hairan, jika kalah pun peruntukkan akan lebih banyak dihulurkan. Kalau Menang PRU belum tentu mewah.

Kedah Times ada dengar desas desus yang duit peruntukkan yang disalurkan ke satu bahagian tu sampai terpaksa dikembalikan kerana tidak tahu nak buat apa. Ianya samada terlebih beri atau ketua dibahagian tu tak tahu nak rancang.

Tapi yang mereka bijak rancang ialah bagaimana nak bunuh musuh politik dalam parti sendiri. Bukan dengan cara menggerakkan kerja parti dengan baik tetapi dengan mengerahkan soldadu-soldadu mereka menembak peluru ke arah kawan-kawan se parti. Peluru peribadi pulak tuuuu.

Kedah Times setuju dengan kata-kata seorang Ketua Bahagian yang nampaknya bermasalah. Kedah Times ambil secara positif komen beliau tersebut dan ianya ikhlas dari hati nurani beliau. Mesin gun patut dihalakan kepada musuh sebenar, soal calon kita serahkan kepada pihak atasan .. PM maksud beliau.

Setuju benar. Masa sudah suntuk tetapi soldadu-soldadu politik masih bertembak sesama sendiri kerana ingin menonjolkan ketua masing-masing. 

Sepatutnya tembaklah musuh sebenar. Target adalah satu iaitu menang PRU13. Tak kira siapa panglima perang kita. Yang penting halakan mesin gun ke arah musuh seperti arahan panglima perang kita. 

Jangan harapkan mesin gun PM dan TPM saja yang menghala ke arah musuh. Peluru merekapun tak sempat nak cover semua musuh-musuh yang ada. Jadi peluru kita semuakan yang selayaknya membantu.

Pesan Kedah Times, masa sudah suntuk. Halakan mesin gun anda semua ke arah musuh sebenar. Sengketa rumahtangga boleh diselesaikan secara adik beradik. Lupakan dulu sementara. Bila menang besar PRU13, kita bincang sesama adik beradik untuk selesaikan masalah keluarga ini.

ATAU kalau kelaku dok serang adik beradik ni masih dilakukan, PM dan TPM tak payah pilih lah ketua-ketua dikalangan puak-puak ni jadi calon. BANYAK lagi layak jadi calon. 

Apa kata hangpa semua? Bagus tak bebelan Kedah Times ni? Tepuk dada tanya iman.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates