Khamis, 8 Mac 2012

Jangan Undi PAS

Kedah Times cadangkan kepada pengundi-pengundi atau penyokong-penyokong PAS agar tidak payah mengundi PAS pada PRU13 nanti.

Jika undi PAS pun dan menang pada PRU13, tidak bermakna ahli PAS Kedah yang bakal memerintah Kedah. 

Dan juga PAS Kedah tak payah ada pemimpin kerana kalau adapun tak layak untuk jadi MB atau apa saja. 

Jadi untuk memilih orang Kedah menjadi MB, pilihan anda semua pada PRU13 nanti ialah UMNO sahaja.

Jika tidak pakat ternganga melihat Kedah diperintah dari Kuala Lumpur atau tempat lain.

Ini yang dikatakan Kalah jadi Abu, menang jadi arang. Berkokok riuh rendah, tapi kampung tergadai. Sungguh malang nasib orang-orang PAS.


Biar PAS Pusat Urus Kedah, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 6 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah tidak wajar untuk beliau campur tangan soal pentadbiran kerajaan Kedah yang dilaporkan bergolak.

"Urusan Kedah untuk orang Kedah. Saya tidak mahu komen," katanya.

Meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, Nik Aziz tetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk menangani soal tersebut.

Isu dalaman kerajaan Kedah memaksa PAS Pusat menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mentadbir negeri itu.

Ditanya mengenai kenyataan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tetap mahu bertanding di Parlimen itu walaupun bukan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata tidak wajar untuk beliau menyentuh perkara itu.

"Saya tak boleh ganggu dia (Tengku Razaleigh). Pas juga tidak akan ganggu dia. Tunggulah pada hari penamaan calon nanti," katanya.

Dua hari lepas Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang dilaporkan berkata beliau akan tetap bertanding di Parlimen Gua Musang sebagai calon bebas jika BN tidak lagi mencalonkannya.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan "Ku Li", merupakan tokoh yang dihormati dan beliau merupakan Anggota Parlimen paling lama berkhidmat iaitu selama 43 tahun mulai 1969.

-- BERNAMA--

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates