Khamis, 15 Mac 2012

Jawatan Kuasa Pemandu - Kecelaruan Yang Melampau

Kewujudan Jawatan Kuasa pemandu yang memantau pentadbiran Kedah ala residen British membuktikan kecelaruan dan betapa "berpengalamannya" PAS dalam mentadbir negeri.

Di satu Pihak, Dato' Pharolrazi menyatakan bahawa Jawatankuasa ini akan memantau keputusan yang dibuat Ustaz Azizan, Dan di pihak Ustaz Azizan pula katanya beliau boleh tongsampahkan "nasihat" jawatankuasa pemandu tersebut. Yang mana satu betul?

Nampak gayanya, penubuhan Jawatankuasa ini bukan sekadar tidak dapat menyelesaikan masalah perkelahian diantara kumpulan Dato' Pharolrazi, malah menjadi satu lagi kumpulan yang akan berperang dalam PAS yang sebelum ini hanya diperingkat negeri, dan kini menular melibatkan pihak PAS pusat.

Apatah lagi, urusan pentadbiran negeri bukannya sedikit, dari masalah sekecil masalah 'favourite" Mahfus, iaitu sampah, sehinggalah kepada isu yang lebih besar seperti polisi, bajet dan agama. Apa yang boleh dan tidak boleh "dinasihatkan" oleh Jawatankuasa pemandu ini? Apakah terma dan skop "nasihat" Jawatankuasa ini?

Pelantikan Kamarudin Jaafar, puppet Anwar paling lurus juga banyak menimbulkan persoalan. Apa halatuju negeri Kedah? Apakah polisi Anwar seperti "Murtad lina joy: that's her right.." akan dilaksanakan diKedah?

Bagaimana dengan kes penggantungan pelajar KUIN? nak ikut buku jingga atau nak ikut Ustaz Azizan, yang nyata kedua-duanya bercanggah?

Adakah nanti, apabila berlaku konflik antara Ustaz Azizan, Dato' Pharolrazi dan Jawatankuasa pemandu, maka tubuhkan lagi satu jawatan kuasa untuk pantau pulak tiga pihak ini. Nampak macam pak pandiaq..

Dan yang paling penting untuk rakyat Kedah menilai adalah, apakah perlantikan Jawatankuasa ini untuk kepentingan rakyat atau untuk kepentingan peminpin PAS yang bertelagah?

Tak payah tanya PAS, sebab jawapan standard mereka tentunya.. ini Umno yang salah...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates