Jumaat, 2 Mac 2012

Kacang lupa Kulit - Kadiaq

Masa memgang jawatan dan berkuasa semuanya elok dan wangi. 

Bila sudah jadi kupang tembaga, semuanya busuk dan hodoh. 

Begitulah bila sudah dihujung umur. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Tapi dek kerana masih berminat dengan kuasa, jawatan dan kekayaan, maka pekung di dada sendiri didedahkan kepada orangramai.


Ini perangai Sheik Fadzil. Kini kerja kotor dan hina yang dia sering lakukan satu masa dulu diceritakan kepada orang ramai. Tapi dalam bentuk lebih sopan.

Dan Kedah Times merasakan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang berperangai seperti Sheikh Fadzil ini. Masa pegang kuasa semuanya manis, wangi dan elok. Tapi bila terlepas jawatan, maka jadi macam si Kadir ini.

Dah jadi macam kera di hutan. Tidak sapa peduli, akhirnya terjun ke dalam sungai bersama labu-labunya.

Kadir Sheikh Fadzil tak dak integriti

2012/02/29
ALOR SETAR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah mendakwa bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempunyai agenda politik kepentingan diri apabila mendedahkan pengundi Parlimen Kulim/Bandar Baharu mudah dibeli dengan wang. 

Yang DiPertuanya, Syed Osman Syed Mansor, berkata tindakan Abdul Kadir menghina integriti pengundi yang mengundi beliau untuk mewakili mereka sebagai Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu selama beberapa penggal. "PERKASA Kedah ingin bertanya mengapa baru sekarang Abdul Kadir mendedahkan perkara ini. Adakah Zulkifli Noordin (Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu sekarang) juga menang dengan cara sama (membeli undi)? "Sekiranya beliau seorang yang berkewibawaan dan boleh dipercayai adalah wajar beliau membuat laporan polis," kata Syed Mansor kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa wang digunakan bagi membeli undi pada kempen pilihan raya lalu ketika berucap pada satu forum baru-baru ini. 

Syed Mansor turut mempersoalkan perbuatan Abdul Kadir sebagai balasannya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberikan beliau segala keistimewaan dan kedudukan selama dia bergiat cergas dalam politik. 

"Pengundi sekarang bertambah cerdik. Perbuatan Abdul Kadir boleh memberi kesan ke atas adiknya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang sekarang Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu sekiranya terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya. 

Dalam suasana politik sekarang, beliau berkata bekas menteri daripada UMNO seharusnya lebih bijak mengeluarkan kenyataan kecuali mereka menyertai pembangkang untuk meraih kepentingan peribadi. - BERNAMA

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

hangpa nak marah kat mamak tu pun tak patut juga.yang pegang jawatan hari ini dalam umno apa kurangnya.Lebih dahsyat pun ada.Depa lah sabotaj pru 12 yang lalu.Salam pusing tangan.Duit jentera pilihanraya guna upah tikam parti.

Nasib UMNO kini.Jangan lupa .Dalam UMNO saat ini pun ada petualang yg sedang bersandiwara kerana limapah ruah dgn wang ringgit.Apa tak lagi diluar UMNO macam mamak dari kulim itu.

Musuh umno ada didalam dan diluar waktu ini.Lebih senang macam mamak ini kita dah tahu tarian nya.

Oleh itu janganlah mudah latah dan melatah.Inilah pesanan ikhlas dari aku yg jadi penonton diluar sana.

Waspada lah dgn ampu dan bodek serta kaki jilat.

Tanpa Nama berkata...

Memang perangai mamak pelukang ni macam tu...kalau nak sesuatu dia sanggup buat apa saja...sanggup bermalam dirmh ketua cawangan..Tapi bila dah dia menang,ketua cawangan pun dia tak peduli dah...busuk punya mamak.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates