Rabu, 7 Mac 2012

Kedah Times bengang Gilaaaaaaaa


Kedah Times terbaca entri PakTeh dalam blognya tentang berkelananya MB Kedah sekarang iaitu DS Azizan Razak dalam mencari peluang kemenangan serta percaturan politik beliau untuk mendapat jawatan MP dan ADUN.

Kriteria 'winnable candidate' menjadi fokus utama dimana walaupun seseorang itu sudah bertahun-tahun tidak berada dalam politik arus perdana, tetapi ciri-ciri 'winnable candidate' itu ada bersamanya. Hany dengan sedikit gilapan dan promosi, maka kemenangan sentiasa memihak kepada 'winnable candidate'.

Apakah Bekas ahli PArlimen Sik yang sedah menjangkaui pertengahan 60an masih menjadi 'winnable candidate'? Kedah Times pasti ada jasa-jasa atau gerakkerja 'winnable candidate' ini yang masih berbisa dan bisa memenangi P013 Sik.

Apakah calon seperti ini yang DS Najib sering laungkan yang boleh menjamin kemenangan besar BN? 

Cuma Kedah Times agak cuak dan muak dengan tingkah laku segelintir pemimpin UMNO yang kerja mengipas disana sini demi menunjukkan mereka adalah 'winnable candidate' tersebut. Cium tangan, ayat-ayat memuji yang keterlaluan, tonjolan muka bersama dengan pemimpin besar dan pelbagai aksi yang membuatkan rakyat biasa nak benci untuk memberi undi kepada mereka. Apakah ini kriteria 'winnable candidate'?

Kedah Times pernah berada dimajlis UMNO dan terasa amat malu melihat pengacara majlis menyebut perkataan yang melambung-lambung pemimpin tertentu ke atas. Dalam bahasa layman ... bodek sakan. Jika perangai ini berterusan, Kedah Times dapat merasakan yang UMNO Kedah tidak akan kemana. Rasa nak mengundipun sudah luntur.

Ini belum Kedah Times sentuh kisah peperangan sesama sendiri demi menaikkan pemimpin masing-masing. Diserangnya pemimpin UMNO lain demi menaikkan pemimpin pilihan mereka supaya nampak macam 'winnable candidate'.

Kemudian konco-konco pemimpin seorang lagi membalas dengan menjatuhkan lawan dan menampakkan dirinya sebagai winnable candidate.

Banyak kali Kedah Times menghadiri majlis UMNO. Tetapi Kedah Times terasa yang ianya bukan majlis maklumat tetapi majlis bodek membodek, majlis membuktikan yang inilah winnabel candidate dan sebagainya.

Jika ini berterusan, Kedah Times mungkin berterusan menulis membantai mereka ini. KEdah Times sentiasa berpegang kepada perjuangan Aliff Baa Taa dan pemimpin yang sentiasa utamakan perjuangan ini. Tetapi tidak teragak-agak untuk memerangi mereka yang hanya berjuang untuk perut sendiri.

AWAS Segelintir Pemimpin UMNO Kedah ....

Bukan tidak ada yang merungut apabila DS Azizan Razak berkelana jauh bertanding di kerusi Parlimen Sik P 013 menentang Dato' Dr Hj Wan Azmi Ariffin pada tahun 2004. Ramai menjangkakan pada waktu itu Allahyarham TS Hamid Othman, mantan Menteri dan mantan Ketua UMNO Bhg Sik akan membuat comeback dan jangkaan ini turut berada dalam kotak fikiran DS Azizan Razak. Ada yang redha dan ada yang membantah namun Pas amat yakin akan terus menguasai parlimen Sik seperti dibuat pada tahun 1999 oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

Natijahnya, UMNO bertindak bijak meletakkan tokoh "Winnable Candidate" bilamana Dato' Dr Hj Wan Azmi Ariffin, Bekas ADUN dan Exco Kanan Kedah diangkat sebagai calon UMNO di Parlimen Sik. Ramai berpandangan sekiranya individu lain termasuk TS Hamid Othman, Pasti DS Azizan Razak akan memenangi kerusi Parlimen Sik. Akhirnya orang Pas Sik sedar...Azizan Razak yang dikatakan strategis boleh terkena di Parlimen Sik.

Ini adalah bibit awal perasaan terpendam kalangan panglima perang malah sehingga ke peringkat tertinggi kalangan Pas Kedah. Namun seperti pakteh katakan diawal tadi, naluri terpendam itu tersimpan rapi kerana Pas adalah pembangkang dan lubang untuk hasrat itu keluar tidak ada.

Wajah sebenar Pas Kedah mula kelihatan apabila Pas menang di Kedah dan DS Azizan Razak diangkat menjadi Menteri Besar. Siapa yang tidak cemburu malah Pas Kedah sedikit terleka untuk memikirkan bahawa kalangan mereka kini bukan sahaja ada Pas tetapi ada DAP dan PKR.

Apabila Tn Haji Sanusi Md Noor, Setpol MB Kedah yang juga Ketua Penerangan Pas kedah tertewas di Sik dalam pemilihan parti Pas, Pakteh menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan adakah ianya sekadar aturcara biasa dalam demokrasi berpolitik. Tidak......Pakteh terfikirkan yang lain. Hinggalah apabila pelbagai insiden dan masalah timbul di Kedah, selain UMNO dipersalahkan, Pakteh amat menyedari hasrat Anwar bin Ibrahim untuk menguasai segenap tampuk kepimpinan Pas.

Masih tak faham?. PRU12 Paklah meletakkan Datuk Osman Desa di P 013 Parlimen Sik walaupun majoriti pengundi masih ingin Dato' Dr Hj Wan Azmi Ariffin kerana apa?. Kerana beranggapan title Setpol Perdana Menteri akan memberi kelebihan kepada Osman Desa. Akhirnya apa jadi?. Apabila pengundi menolak Paklah, Osman Desa turut terkena tempiasnya.

Lagi bukti?. Datuk Osman Desa masih tidak mengambil pengajaran dari penolakan rakyat kepada Paklah lalu memilih untuk terus bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Sik menentang calon pilihan ramai atau calon "Winnable Candidate" Datuk Mohd Tajuddin Abdullah YB DUN Belantik. Datuk Osman Desa ditolak oleh UMNO Sik bukan kerana namanya Osman Desa tetapi kerana hubungkaitnya sebagai Setpol Perdana Menteri iaitu Paklah. Apabila Paklah ditolak bermakna...Setpolnya juga ditolak apatah lagi Datuk Tajuddin Abdullah diterima baik oleh semua kepimpinan UMNO Sik.

Boleh faham?

1 comments:

PUTAQ ALAM berkata...

ala Tajudin hari itu menang kerana undi pos.kalau tak kerana undi pos.DUN Belantik pun hanyut sama pada PAS

Tajudin bukan wineable candidate seakarang ini di DUN Belantik dan Sik.

Nak tau jawapannya cari lah sendiri.UMNO Sik pun masih syok sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates