Rabu, 28 Mac 2012

Kenapa Rasulullah SAW Tak Baling Kasut?

Dakwa PAS, mereka berjuang berpadukan Al-Quran dan Hadis. Dakwa PAS mereka menyeru sebagaimana Seruan Rasulullah SAW.

Tapi lihat perjuangan mereka, Apabila tidak berpuas hati, mereka membaling kasut kepada hakim.

Apabila tidak berpuas hati, mereka maki hamun dan mencarut kepada pihak lain.

Mereka mengajak menyokong mereka kerana benci kepada pihak lain.

Apakah ini perjuang Rasulullah SAW? Apakah Rasulullah tidak cukup diduga sehingga perlu membaling kasut? Apakah Rasulullah Mencaci maki kaum quraish yang terang-terang menentang Islam dan menyiksa sahabat-sahabat?

Rasulullah SAW tidak mencaci dan tidak membaling kasut bukan kerana tidak cukup diuji oleh musuh baginda, tetapi kerana itulah ajaran Islam.

Tiada maki hamun, tiada cerca mencerca, tiada baling kasut dalam menegakkan Islam. Kenapa PAS tidak mengikut jalan Rasulullah SAW? Jika bukan jalan Rasulullah SAW yang PAS ikut, jalan siapakah yang PAS ikut?

Penentangan PAS terhadap Umno bukan setakat tidak sama dengan perjuangan Rasulullah SAW, malah PAS lah yang wajib ditentang kerana bukan sahaja tidak berjuang kepada Islam, malah mengkhianati perjuangan Islam.


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akibat terlalu taksub dan merasakan mereka lebih islam dari islam orang lain.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates