Sabtu, 31 Mac 2012

Kera Dapat Bunga

Disebabkan mereka hanya pandai bercakap dan berbohong dan tidak tahu buat kerja, benda-benda kecil boleh menjadi kesilapan besar. 

Bukan sahaja di Kuin, malah dipelbagai agensi dibawah kerajaan negeri, dilantiknya golongan tolol menjadi pemimpin, maka tunggulah kehancuran negeri..satu persatu.

Artikel kami petik terus dari McTheory....

 

EKSKLUSIF!! KUIN dan Ustaz Azizan di SAMAN RM3 JUTA Part2


Lepas Jumaat tadi Mc ada post sebuah artikel mengenai seorang peniaga Bumiputra yang menyaman Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana gagal menjelaskan pembayaran kontrak yang berperingkat kepada beliau. Nak baca boleh klik SINI.

Beliau Shaik Faisol Bin Shaik Yusoff, seorang usahawan bumiputra yang berjaya. Dulunya beliau, seorang usahawan bumiputra yang disegani. Namun setelah mendapat tender dari KUIN. Beliau ingat, itu durian runtuh, rupanya tidak, ia sebenarnya lebih kepada, malapetaka yang memusnahkan kerjaya niaga beliau dalam bidang kontrak dan makanan.



Dulunya beliau mempunyai 7 Outlet beroperasi serentak dalam pelbagai bidang. Namun setelah menghadapi masalah pembayaran dari KUIN. Beliau yang menanggung hutang terpaksa menjual Outlet perniagaannya untuk menampung kos perkhidmatan dan kos bahan mentah bagi menyelamatkan perniagaannya.

Cuba pembaca bayangkan, dari 70 pekerja, beliau sekarang hanya tinggal 3 pekerja dan mempunyai hanya 1 outlet untuk menampung hidup dan keluarga.


Puncanya beliau mendapat mendapat konrtrak Insaniah dari seorang kawan. (Boleh pulak main pilih kroni ya). Beliau bersama KUIN kontrak bermula dari Januari 2009. Kontrak selama 3 tahun, bermakna dari 2009 hingga 2011. Namun yang lawaknya, Agreement hanya bermula dari 26 Feb 2009. Ini bermakna, KUIN bagi kerja dulu, dokumen hitam putih kemudian. Biasa la kerja kira kawan-kawan. Macam tu la jadinya.


Beliau dijanjikan bayaran penuh satu semester RM360,000.00. Namun selama 3tahun, beliau hanya dibayar satu semester sahaja. Maknanya selama 5 semester lagi beliau hanya belanjakan wang sendiri untuk menampung gerak kerja dan perniagaan beliau. Untuk lebih jelas, Mc ada sertakan sekali, dokumen lengkap untuk pembaca belek dan baca.













Masalah pembayaran tu satu hal. Cara pemilihan kontrak juga satu hal. Cara hitam putih kontrak di buat juga merupakan satu hal. Inikah standart profesional dan moral pentadbiran dalam pengurusan KUIN yang diketuai oleh Ustaz Azizan MB Kedah? Kalau macam ni la, macam mana pulak dengan kecekapan beliau mentadbir kerajaan negeri?

Shiak Faisol pernah berjumpa dengan Ustaz Azizan untuk menyelesaikan masalah ini. Namun Ustaz Azizan hanya mengarahkan beliau berjumpa dengan pengurusan KUIN. Pengurusan KUIN pula, hanya menyuruh beliau menunggu untuk dipanggil mesyuarat. Namun kini sudah 5 bulan beliau menunggu, tanpa ada sebarang jawapan dan perhatian dari pihak berkenaan.


Peguam beliau sudah menghantar surat saman ke pejabat MB dan pengurusan KUIN. Namun hingga kini masih belum ada jawapan. Atas sebab demikian beliau berhasrat untuk menyaman dan menuntut kembali ganti rugi yang beliau hadapi.


Sidang media yang beliau lakukan bukan untuk mencari glamor, tapi untuk membersihkan kembali persepsi yang beliau hadapi didalam perniagaan. Biar satu dunia tahu, apa masalah beliau sebenarnya. Dari seorang yang berjaya, kini tinggal nyawa-nyawa ikan saja.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates