Khamis, 29 Mac 2012

Kolej Universiti Insaniah: Bakal ditutup?


Kedah Times tak anggap dan tak mungkin merasakan yang KUIN bakal ditutup.

KUIN merupakan sebuah institusi swasta yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN dulu. KUIN amat berkait rapat dengan Maktab Mahmud yang mana cawangan Maktab Mahmud ditubuhkan di setiap daerah.

Kebanyakan pelajar-pelajar cemerlang KUIN datang dari Maktab-maktab Mahmud ini serta dari sekolah-sekolah agama yang lain.

Jika ditutup, maka amat rugilah orang Kedah kerana Kedah memiliki sebuah Kolej Islam yang sedang mengukir nama di Malaysia dan Dunia. Sehingga IDB menyokong dan bersama KUIN dalam membentuk dan mempromosikan pengajian-pengajian tertentu kepada umat Islam seluruh dunia.

Sebagai sebuah Kolej yang asalnya ditubuh untuk menawarkan pengajian Islam (Syariah, Usuluddin, B. Arab dan Fekah), Kedah Times merasakan yang KUIN patut pegang kepada asas tersebut. Perkukuhkan dulu fakulti-fakulti berkaitan supaya ianya menjadi PILIHAN UTAMA pelajar bidang Islam.

Kemudian apabila sudah kukuh dan dikenali dengan kehebatan fakulti-fakulti tersebut, maka KUIN bolehlah mula mengorak langkah kepada fakulti-fakulti lain seperti perubatan, pengurusan atak teknikal.

Jika terlalu gelojoh untuk menubuhkan semua fakulti, walhal sumber kewangan terlalu amat kecil, maka kemungkinan apa yang dikatakan di bawah mungkin boleh terjadi.

Disamping itu, sokongan kerajaan Persekutuan juga perlu diambil kira. Kerana bentuk geran atau fund boleh dipohon untuk memantapkan lagi fakulti-fakulti yang menjadi tonggak kepada KUIN.

Dan mereka-mereka yang oppotunis yang berada di dalam KUIN perlu disingkirkan supaya KUIN boleh menjadi sebuah Kolej Universiti Islam yang dipandang tinggi.

Cuma Kedah Times nampak KUIN semakin lari dari arah tuju penubuhan asalnya iaitu memberi peluang kepada pelajar-pelajar jurusan Islam dari maktab mahmud dan sekolah agama lain di Kedah untuk mengembangkan lagi pengajian Bidang Islam mereka. Belumpun semua ini dimantapkan, sudah wujud fakulti-fakulti yang bakal menelan kos yang tinggi untuk penubuhannya.

Sepatutnya KUIN mengeluarkan graduan-graduan yang bila universiti luarnegara lihat sebagai graduan first class dalam bidang Islam bila mereka berhasrat untuk melanjutkan ke peringkat lebih tinggi. Maka kemudian bolehlah KUIN bergerak selangkah lagi membentuk fakulti-fakulti lain.

Apa-apa pun dalam keadaan sekarang Kedah Times harap pengurusan KUIN lebih professional dan fokus. Dengan sumber kewangan yang terhad, inilah yang perlu KUIN lakukan. 

Tidak lupa parasit-parasit yang hanya menghabiskan duit KUIN perlu juga disingkirkan.

NEGERI KEDAH BAKAL DILELONG OLEH PAS KEDAH

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. 


Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Difahamkan projek  pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180 juta. Difahamkan juga BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat pinjaman dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340 juta dan Kerajaan Negeri Kedah diwartakan sebagai penjamin pinjaman ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.

Perkara
RM
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
40,000,000.00
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
22,000,000.00
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
62,000,000.00


Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20 juta. Persoalannya, dari manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak cari RM62 juta untuk menyiapkan KUIN?

Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62 juta, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM82 juta hanya untuk pembangunan ini sahaja.

Kalau macam ni la gayanya, boleh  muflis Kerajaan Kedah. Dikhuatiri satu hari kelak negeri Kedah adalah negeri yang pertama di dalam dunia akan dilelong untuk membayar kembali hutang bank tersebut. 

Patut la jawapan dari Ustat Jijan lebih kurang bunyinya “pinjam dulu pikiaq kemudian……. Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikiaq”.


TIDAK ADAKAH SECEBIS SIMPATI PADA MASA DEPAN MEREKA?

Sebelum ini hanya 4 kursus yang ditawarkan untuk pengajian di KUIN iaitu Usulluddin, Bahasa Arab, Syariah dan Fekah dan ianya ditadbir oleh golongan ulama’. Tetapi setelah bertukar kerajaan sebanyak 44 kursus telah ditambah sedangkan penuntut tiada. Bukankah ini satu pembaziran? Golongan petadbir pula ditukar dari golongan ulama’ ke golongan professional. Dimanakah Islamnya itu?

Pembelian mayat sebanyak 5 mayat untuk fakulti perubatan telah menjadi satu pembaziran kerana tiada penuntut. Difahamkan 1 mayat dianggarkan sebanyak RM175,000 X 5 = RM875,000 sudah dibazirkan wang rakyat.

Bagaimanakah hendak membayar hutang bank jika tiada penuntut dan tiada pendapatan yang mengalir masuk ke akaun KUIN? Alamatnya KUIN bakal dilelong tatlama lagi….Apakah nasib anak bangsa kita yang belajar di situ?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

semenjak kerajaan PAS pgangla INSANIAH makun melonjak naik... yg duk komen tp xblaja dkt insaniah baik ttup mulut....media UMPORNO yg duk buat cerita...ingat segalanya akan terbongkar... kemenangan utk yg tegakkan hukum ISLAM...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates