Sabtu, 31 Mac 2012

Mudahnya Umat Islam Di Perbodoh Oleh Akhbar Tajaan Zionis

Segala-galanya dimanipulasi untuk menunjukkan bahawa Umno dan kerajaan mengamalkan sikap anti kristian, tidak kiralah samada ianya benar-benar dari Umno atau tidak, dan berita itu benar atau tidak.

Oleh kerana kebencian yang melampau kepada Umno, dan ilmu yang sedikit, maka mudahlah Akhbar Yahudi menjadikan umat islam sendiri anjing penjaga kepentingan mereka.

Sebab itulah orang seperti Hassan Ali dan Zulkifli Noordin dhina dan dikeji dengan pelbagai cara oleh PAS sendiri.

Tidak ada dalam Islam ajaran kebencian kepada sesuatu kaum atau kelompok. Kebencian hanya boleh kepada perbuatan yang menyalahi larangan Allah semata-mata.

  

Seminar di Johor: ‘Ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam’

Sebelum ini pun portal The Malaysian Insider yang paling kuat memainkan isu-isu berkaitan gereja dengan selalu menggambarkan orang Kristian sebagai mangsa yang ditekan oleh pihak berkuasa — misalnya dalam kes al-Kitab, kalimah ‘Allah’, DUMC, Convent Bukit Nanas, dsb.

Baru-baru ini, TMI nampaknya memusing (spin) isu seminar ‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?’

Cerita ini dimainkan hari-hari melalui liputan meluas oleh TMI (lihat screenshot tajuk berita, bawah).






Tajuk seminar dikhabarkan mengandungi ungkapan “ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam”.

Perkataan ‘Kristianisasi’ ialah kata kerja, yakni proses melakukan sesuatu. Dalam konteks ini, ia perbuatan memurtadkan umat Islam serta memasukkan mereka ke dalam agama Kristian.

‘Kristianisasi’ menggambarkan kejadian hasil daripada kegiatan mendakwah dan juga merujuk kepada kegiatan yang dilakukan oleh para mubaligh di Malaysia.

Maka tajuk berita TMI yang berjudul ‘When a religion is labelled a threat’ itu nyata tidak tepat. “Ancaman Kristianisasi” tidak sama erti dengan “Kristian adalah merupakan ancaman”.

Lebih-lebih lagi, cara isu ini diolah oleh portal tersebut seolah-olah sengaja ia dipesongkan/diserongkan serta dipolitikkan, umpamanya dengan dikaitkan seminar dengan Umno [memetik kenyataan Anwar Ibrahim].

Frasa “Christian threat” dan “a religion is labelled a threat” yang digunakan TMI jelas merujuk kepada agama Kristian itu sendiri dianggap sebagai satu ancaman (suatu pemalsuan) walhal seminar tersebut bukannya menyerang agama Kristian.

Perkara yang sebenarnya mahu dibangkitkan ialah kewujudan individu-individu atau kumpulan yang mendakwah kepada umat Islam di Malaysia. Ini tidak ada kena-mengena dengan tiang-tiang ajaran agama Kristian ataupun cara ia diamalkan oleh pengikut-pengikutnya secara umum.

Khususnya perkataan ‘Kristianisasi’ dalam tajuk seminar mengimbas kepada perbuatan sesetengah orang Malaysia tidak mematuhi undang-undang negara yang melarang Muslim diusik. Dalam kata lain, yang menimbulkan ‘masalah’ ialah manusia dan bukannya agama.

Kenapa seminar itu tidak bertajukkan “penganut agama Buddha”, katakan lah, sedang cuba memesong akidah umat Islam? Jawapannya mudah. Sebab penganut agama Buddha tidak menjalankan dakwah.

Akan tetapi adakah benar mubaligh Kristian giat mendakwah di Malaysia?
Jawapannya, ‘Pasti!’

Ramai orang Cina, orang India dan orang asli yang sudah dimasukkan Kristian oleh mereka-mereka itu. Ini fakta sahih.

Persoalannya sekarang adakah mereka-mereka itu begitu berani untuk mendakwah kepada orang Melayu?

NGO-NGO Muslim dipetik oleh media sebagai berkata, “If you look at Buddhists, Indians, they are not aggressive, not like Christians.” Golongan evangelis terutamanya bersikap agresif, kata NGO-NGO tersebut.

Sekiranya ada ketegangan, ianya tercetus akibat pergeseran di antara kaum kerana ada pihak yang melanggar batasan. Keadaan menjadi keruh dan lebih rumit apabila liputan portal-portal berita pro-pembangkang mahu mengadu-domba dan mensensasikan isu.

1 comments:

Ajaran Kebencian berkata...

Gan,

ane nemuin postingan bagus ttg PAHAM KEBENCIAN

Kalo yg ini AJARAN KEBENCIAN

di Amerika, seorang Muslimah Berhijab menjadi korban dari AJARAN KEBENCIAN

mampir ya gan!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates