Rabu, 7 Mac 2012

Orang Kedah ditipu ...


Kata Kedah Times

1. Yang mengundi PAS adalah orang Kedah. Tetapi nampaknya yang memerintah bukan dari kalangan orang Kedah.

2. Pengundi atau rakyat Kedah yang mengundi untuk memilih PAS sudah ditipu terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin PAS dengan mambawa balik kuasa memerintah ke Pusat.

3. Hadi Awang, Mat Sabu, Mahfuz, Mustafa Ali, dan lain-lain adalah pemerintah sebenar Kedah. Orang Kedah tidak undi mereka pun!

4. Yang berada di Kedah hanya boneka saja. Nak buat perkara A, tapi kena dapat kelulusan dari pusat dulu. Woooooo spa perintah Kedah sebenarnya!

5. Orang Kedah sudah tiada kuasa ....

Kedah Times tidak dapat nak bayangkan jika PR menang PRU13. Apakah jawatankuasa Pemandu akan berada di USA atau ISrael?

Jawatankuasa Pemandu cerminkan Pas tidak yakin Azizan

KULAIJAYA 6 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau semua keputusan yang dibuat kerajaan negeri Kedah mencerminkan parti itu tidak yakin terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya Pas Pusat yakin terhadap kepimpinan Azizan, sudah pasti jawatankuasa tersebut tidak perlu diwujudkan.

"Ini (jawatankuasa) jelas mereka tak yakin dengan MB (Menteri Besar). Di Johor, kita tidak ada jawatankuasa pemandu untuk pantau Datuk (Abdul) Ghani (Othman).

"Ini memberi gambaran krisis Pas belum selesai. Tugas Azizan akan lebih mencabar," katanya ketika diminta mengulas tindakan Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu itu.

Muhyiddin ditemui selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Rakyat dan merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Ali Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang serta Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, isu Azizan adalah soal dalaman Pas dan keutamaan kerajaan Pusat adalah aspek kebajikan dan nasib rakyat negeri itu yang pasti terjejas akibat pentadbiran yang terganggu kesan daripada isu tersebut.

"Pas ini memang parti pelik. Kita tak kisah, itu soal parti mereka dan yang kita pentingkan adalah supaya kebajikan dan nasib rakyat Kedah terus terjamin.

"Mereka (rakyat Kedah) tak payah pilih Pas, pilih sahaja BN...selesai masalah," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates