Khamis, 15 Mac 2012

Pak Pandir

Cerita 1: Pak Pandir dengan hartanya
Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.


Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!"
. kredit jenaka-pak-pandir.blogspot

Cerita 2 : Pak Pandir Dengan Negerinya
Seorang Menteri besar telah bertelingkah dengan Exconya, sehingga menyebabkan dua Exconya tidak mahu dilantik. Bingung bagaimana mahu menyelesaikan masalah tersebut, beliau mengatakan bahawa tidak ada pergaduhan besar. Maka ditubuhkanlah jawatankuasa bagi membuktikan bahawa tidak ada pergaduhan besar yang berlaku dalam pentadbiran negeri tersebut. Katanya juga, penubuhan Jawatankuasa tersebut juga adalah bukti perbicangan yang harmoni.

Setelah Jawatankuasa ditubuhkan, dan melihat bahawa jawatannya hanyalah boneka tanpa kuasa, maka dikatanya pula Jawatankuasa itu tiada kuasa. Jadilah Jawatankuasa yang tiada kuasa.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates