Rabu, 14 Mac 2012

PAS KEDAH LEKEH


Pertama di dunia dimana sebuah kerajaan memerlukan penasihat dari luar untuk memerintah negeri. 

Apakah kerajaan ini kerajaan yang amat bodoh sehingga perlu dinasihati?

Apakah kerajaan ini terdiri dari mereka yang bodoh sehingga setiap kali nak buat keputusan kena rujuk kepada satu jawatankuasa Pemandu/

Apakah Institusi Raja yang wujud sudah tidak layak menjadi penasihat atau Pemandu kepada kerajaan ini?

Apakah Rakyat negeri ini tersangat BODOH sehingga terpaksa bergantung kepada orang luar untuk mendapatkan Nasihat dan panduan?

Kedah tidak pasti tentang penyokong-penyokong PAS Kedah yang selama ini penyokong pemimpin-pemimpin tempatan mereka. Mungkin mereka tidak ambil peduli!

Lagi satu Kedah Times nak tanya, tak ada ka pemimpin berkelayakan dari Kedah yang boleh dilantik ke dalam JK tersebut. Lekeh sangat ka orang Kedah ni?

Oleh Haspaizi Mohd Zain

2012/03/13

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu yang akan memantau pelaksanaan manifesto parti yang ditawarkan pada pilihan raya umum lalu di Kedah. 

Jawatankuasa berkenaan tidak akan mencampuri urusan pentadbiran negeri yang ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, sebaliknya hanya bertindak sebagai penasihat dalam hal tertentu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata selain memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum lalu dilaksanakan sebaik mungkin, jawatankuasa berkenaan juga akan memberi pandangan serta idea baru bagi pentadbiran kerajaan negeri.
“Setiap kali pilihan raya umum ada negeri yang kita menang dan kalah serta kita ada dua manifesto iaitu manifesto PAS Pusat dan PAS negeri. Jadi fungsi jawatankuasa ini adalah untuk memastikan manifesto berkenaan dilaksanakan sebaik mungkin. 

“Kita memberikan pandangan, ia tidak khusus untuk negeri Kedah saja, malah jawatankuasa ini juga wujud di Kelantan. 

“Bukan itu saja, kita juga sedia memberi pandangan kepada negeri yang ditadbir pakatan jika mereka mahu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Mustafa berkata selain beliau dan Abdul Halim, tiga lagi ahli Jawatankuasa Pemandu berkenaan ialah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan peguam PAS, Asmuni Awi.

PAS menubuhkan jawatankuasa berkenaan yang bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri berikutan krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Azizan. 

Mengulas mengenai isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikaitkan sebagai punca kurang senang pemimpin PAS Kedah terhadap Azizan, beliau berkata pendirian PAS tetap seperti mana pakatan pembangkang menolak AUKU. 

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengulas mengenai Jawatankuasa Pemandu berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan sejak 1990-an dan bukannya badan eksekutif serta tidak mengganggu pentadbiran negeri. 

Di ALOR SETAR, Azizan ketika dihubungi berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana belum dimaklumkan secara rasmi mengenai peranan Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan PAS Pusat itu. 

“Saya berada di rumah dan belum ada sesiapa yang memaklumkan mengenai barisan anggota Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan. 

“Saya kena tunggu maklumat rasmi dulu sebelum dapat memberikan komen,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Bekas EXCO kerajaan Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pemandu berkenaan bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar. 

“Jawatankuasa itu akan berperanan untuk memantau perkara atau isu yang serius dalam pentadbiran bagi memastikan ia berjalan lancar. 

“Saya harap semua pihak dapat menerima dan menghormati peranannya,” katanya. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates