Rabu, 21 Mac 2012

PAS Kedah Simpan Masalah bawah Karpet


Sekali lagi Kedah Times petik Pendapat Suara Pakatan Rakyat.

Mereka soelah-olah dalam keadaan yang amat kelamkabut sekarang ini. Apa yang dibuat sudah tidak kena. Mungkin kerana aura PM dan TPM. Mungkin juga serangan bertubi-tubi blog pro BN/UMNO ke atas parti mereka serta pemimpin mereka.

Cuma yang Kedah Times peliknya mengapa MB Azizan dijadikan sasaran mereka dalam menyelesaikan kemelut politik Kedah? Kenapa tak desak dua Anwarinas supaya tidak buat perangai. Kenapa masih meneruskan desakan supaya Azizan letak jawatan, walhal kedua-dua Anwarinas tersebut sudah menolak jawatan exco. Mereka berdua masih terus menjadi ADUN.

Apa-apapun tidak ruga jika mereka berdua tidak menjadi exco. Ramai yang lain boleh dilantik menjadi exco. PRU13 pun sudah hampir. Tak rugai apa-apa.

Sebenarnya ada ISU lain yang lebih besar yang cuba disorok oleh PAS Kedah. Kita tunggu dan lihat.

Cuma Kedah Times nak seru kepada semua jentera UMNO/BN supaya bekerja lebih kuat. Angin sudah bertiup ke arah BN/UMNO. Cuma perlu kerja lebih kuat. Yang dok gila nak jadi YB tu, slow lah sikit. Kita sokong sapa yang pucuk pimpinan pilih. PASTIKAN UMNO/BN menang di Kedah.

Azizan Perlu Diganti Segera Elak Kedah Tumbang

KETIDAKUPAYAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak memimpin kerajaan Kedah sekarang semakin hebat diperkatakan.  Terbaru beliau dilapurkan akan mengambil cuti panjang dikala soal perlantikan 2 Exco Kedah iaitu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh masih belum selesai.

Azizan sekarang ibarat Jeneral yang hidup dalam ketakutan.  Penulis dimaklumkan, Azizan telah memecat salah seorang pemandunya kerana disyaki menjadi talibarut kepada Phahrolrazi minggu sudah.

Bagaimana Azizan boleh terfikir untuk pergi bercuti dikala masih banyak masalah yang perlu diselesaikan, agak membingungkan penulis.  Sememangnya sikap ini menunjukkan pergolakan politik yang dikatakan sudah selesai itu, masih tidak selesai lagi.  Masih ada yang berbaki dimana-mana, cuma tak tahu dimana.

Dalam masa yang sama tindakan ini menggambarkan kualiti kepimpinan Azizan yang begitu lemah dan boleh menjadi senjata pihak lawan untuk menjatuhkan kerajaan Kedah dan Pakatan Rakyat dalam masa yang sama.

Tidak cukup setakat itu, Azizan juga memberi ‘senjata’ kepada UMNO apabila menganugerahkan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat yang ada kaitan dengan parti tersebut yang keuntungan dari projek itu kemudiannya akan digunakan untuk menguatkan kempen politik mereka dalam pilihanraya akan datang.

Laman ini berpendapat, semua justifikasi di atas sudah cukup untuk mengatakan Azizan adalah seorang pemimpin yang tidak boleh diharap untuk memimpin Pakatan Rakyat dan PAS dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Kedah dan PAS perlukan seorang pemimpin dengan halatuju dan kualiti kepimpinan baru dengan segera, atau kita menghadapi risiko kehilangan Kedah.  Ini adalah hakikat yang perlu diterima semua pihak.

Tidak ada apa yang pasti sekarang.  Pulau Pinang yang satu ketika dilihat bakal menjadi kubu kuat DAP buat satu ketika yang lama juga, menghadapi risiko jatuh ke tangan BN.  Ini dapat dilihat dari kenyataan Ketua Menteri, YB Lim Guan Eng, dalam akhbar Nanyang Siang Pau pada Selasa, bila bercakap tentang penggunaan wang dan jentera BN yang dilihat terlalu berkuasa untuk diatasi Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, setiap negeri adalah penting.  Dalam satu pertemuan 2 malam sudah di Tropicana, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian telah memklumkan bahawa Pakatan Rakyat boleh melupakan hasrat untuk menawan negeri-negeri lain, yang perlu diutamakan ialah mengekalkan kuasa di negeri-negeri sedia ada.

Jadi amat penting untuk PAS dan Pakatan Rakyat mengambil berat situasi di Kedah dan mengatur strategi yang sesuai.  Yang penulis lihat ialah, menyingkirkan Azizan adalah jalan terbaik kerana jelasnya beliau telah hilang sokongan di kalangan anggota Exconya sendiri dan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Penulis tidak rasa kesannya begitu besar kerana kajian menunjukkan sokongan yang hilang dengan penyingkiran Azizan amatlah kecil dan tidak begitu mengancam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.  Memang ada kesan, tapi kesan yang sangat-sangat minima.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates