Rabu, 7 Mac 2012

PAS KEDAH VS UMNO KEDAH. Dua-dua Kalah!

Tersenyum sumbing membaca Cuit buah tangan Zaini Hassan hari ini di dalam Utusan Malaysia hari ini. Dengan tajuknya, Kedah oh Kedah: Harapkan panas sehingga ke petang, hujan turun di tengah hari. Menariknya tentang cerita bulan dan orang bulan tetapi pengakhirannya ialah 'alahai UMNO Kedah'.

Sejujurnya, kala ini rata-rata bersimpati terhadap Ustaz Azizan. Satu bonus tu untuk Ustaz! Ustaz memang boleh jadi YB lagi di PRU13 tetapi untuk menjadi Menteri Besar yang dilihat mentadbir dengan cara tumpang sekaki dengan sesiapa saja yang boleh membawa pembaharuan dan kemajuan atau dalam erti kata sebenar 'wang ringgit' yang tentunya ditujukan kepada Kerajaan Pusat iaitu Kerajan Barisan Nasional maka lebih baiklah PRU13 ini pemerintahan dikembalikan kepada BN.

Dengan cara memerintah secara berbuat baik dalam masa yang sama meminta dibalas maka sebab itulah Ustaz Azizan dilihat lemah. Banyak perkara yang dikatakan menjadi punca-punca keretakan bulan di Kedah. Anwar tidak suka dengan cara itu. Kalau PKR memegang tampuk pemerintahan di Kedah, fuh!!! bab pulus tak ada hal punya.

Yang pastinya PAS tetap akan 'pi mai pi mai tang tu malah tak pi mana, dok main kat situ' dengan cara baru pemerintahan iaitu Ustaz Azizan hanya boleh sebut perkataan selepas PAS Pusat mengesahkan perbendaharaan kata dan juga meluluskan penggunaan bahasanya. Selepas ni, PAS PUSAT kata, 'Azizan, hang bawa tangga, pi ke sekian sekian tempat' maka Ustaz Azizan pun bawalah tangga. Itu sajalah penerangan yang paling sesuai. Kedah sudah berada di bawah satu pemerintahan yang lemah.

Tetapi yang paling lemah pada masa ini dan tak akan bertukar-tukar atau berubah-ubah adalah UMNO KEDAH. PAS KEDAH patut berterima kasih di atas  kelemah lembutan UMNO KEDAH kerana dalam situasi ini yang mampu UMNO KEDAH buat adalah tumpang palu gendang dengan guna kedua tangan. Kaki tak leh gerak sebab tak tau nak jalan.

Memang UMNO kuat kembali di Kedah tetapi hanya kuat kerana nama Dato' Najib dan maaf, kenyataan tetap kenyataan iaitu kerana anaknya Tun Mahathir masih ada nama di dalam UMNO KEDAH iaitu Dato' Mukhriz Mahathir. Yang lain tu sekali buka mulut, 1000 lari. Sekali gambar ditangkap pegang tangan rakyat hulur bantuan, dah buat rakyat naik juling biji mata. Bukan sumbangan yang nak dijajakan tetapi wajah senyuman yang sebenarnya cukup meletihkan rakyat.

Tak tahulah Kedahtimes tetapi majoriti pemimpin-pemimpin UMNO KEDAH dari atas sampai ke sayap meraih populariti yang tertinggi berbanding negeri lain dengan hanya mengambil gambar menghulurkan bantuan sambil wajah dirakam tersenyum mesra. Gelombang Merah yang diharapkan dapat berkumandang di seluruh Kedah kini seolah lampu picit yang semakin tak ada bateri. Itu baru satu slogan. Tak terkira slogan dicipta tetapi UMNO KEDAH masih begitu juga. Hidup segan mati tak mahu.

Di dalam akhbar yang sama, di dalam ruangan yang kecil tetapi dibirukan tetapi sangat-sangat penting dan utama yang perlu di'highlight'kan iaitu pengesahan makluman dari Setiausaha UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di mana UMNO telah menerima beberapa permintaan daripada beberapa ahli Parlimen dan ADUN untuk tidak bertanding di PRU13.

Ini yang patut diketengahkan. Berapa kerat yang mahu letak jawatan. Kalau PAS, PKR dan DAP meletakkan Putarajaya sebagai mercu tanda perjuangan sehingga sanguup bersatu padu, inikan pula kaki sebelah berada di sana.

Serasanya tak ada kot yang tak mahu bertanding dah dari Kedah.

Menyingkap tabir tersurat yang cukup luas, UMNO KEDAH tak dapat buat apa-apa pun. Jauh sekali merangka strategi perang politik yang tajam dan bijak. Dalam isu Parti PAS di Kedah, jangan terlalu berlega dan menyuruh mana-mana pihak terutamanya blogger-blogger yang dirasakan menyokong UMNO kerana usaha UMNO Kedah memainkan isu ini siang dan malam. Pisau dan timun berada di tangan UMNO KEDAH. Bukan di tangan blogger.

Mungkin sesuatu yang perlu diubah. Keluarkan kenyataan untuk tidak mahu bertanding. Siapa? Mungkin yang dah rasa diri tidak diperlukan. Berilah laluan kepada golongan yang lebih dinamik, berwawasan dan bertenaga.

Jika tidak..alahai UMNO KEDAH.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates