Isnin, 5 Mac 2012

Perebutan Masih belum Selesai

Pergelutan untuk berkuasa semakin menjadi tidak terurus di Kedah.

Dato' Seri Azizan berhasrat meneruskan memegang jawatan MB Kedah sehingga PRU13. Itupun kalau mereka bubarkan DUN Kedah mengikut Persekutuan. Jika tidak, Azizan akan terus lama memerintah Kedah.

Jika kita imbas kembali, krisis perebutan kuasa ini sudah kedengaran sejak awal pemerintahan PAS lagi. Strategi akhir-akhir untuk membenamkan BN dalam PRU13 diperkatakan dengan menggantikan Azizan disat-saat akhir pemerintahan supaya rakyat kelabu atau timbul rasa kasihan kepada PAS. Pandangan rakyat MB yang lebih telah digantikan dengan yang lebih baik. Maka kita bagi peluang kepada PAS lagi. ..

Dan inilah yang sedang berlaku sekarang ini. 2 Exco yang sering dikatakan untuk merampas jawatan tersebut sedang melakonkan apa yang diperkatakan selama ini. Lakonan yang amat HEBAT.

UMNO perlu lebih bekerja kuat kerana gendang PRU sudang dipukul. Masa sudah semakin singkat.

Lakonan ini berterusan dengan pelakon tambahan dari PAS Pusat. Mat Sabu, Hadi dan Mahfuz adalah pelakon terkenal yang sedia berlakon dibawah arahan Anwar Ibrahim.
Kita tunggu siapa yang KENA.  Samada Azizan disingkirkan atau 2 Exco tersebut bakal ditelan oleh Azizan atau Amirudin yang juga kumpulan ketiga.

Menarik! Bangkai Gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Krisis yang dicuba dialih kepada lakonan senang disaksikan oleh seluruh rakyat Kedah.


Gagal capai penyelesaian muktamad

ALOR SETAR 4 Mac - Mesyuarat Jawatankuasa Pas pusat selama lima jam di sini malam tadi dan berakhir awal pagi ini, dikatakan berlangsung dalam suasana 'panas'.

Ketika mesyuarat yang bermula pukul 8 malam itu, salah seorang yang terlibat dalam perbalahan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan membentangkan hujah dengan nada yang tinggi sehingga menimbulkan perasaan tidak senang pemimpin yang hadir.

Berikutan itu, mesyuarat kali kedua selepas ia diadakan kali pertama di Kuala Lumpur yang bertujuan menyelesaikan perbalahan antara Azizan dengan dua Exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh gagal mencapai penyelesaian muktamad.

Pas Pusat akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mengumumkan hasil mesyuarat berkenaan.

5 comments:

Assassin Cyber berkata...

Salam perjuangan, Minta link blog saya di blog hebat ini;

http://assassincyber.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya politik di Kedah ini kalut.
PAS pun gaduh berebut nak jadi MB walaupun dah jadi kerajaan.
UMNO pun dengar cerita kalut juga siapa nak jadi MB bila menang nanti.Tapi belum jadi kerajaan lagi.

Rakyat sedang buat perbandingan siapa tokoh kaliber antara PAS dan UMNO.Rakyat ada selera tersendiri.

PAS sudah siap sedia tokoh hebatnya.UMNO pula nak pakai yang mana.

Pemimpin UMNO Kedah kena lah guna ilmu politik sama.Jangan pakai hantam buta tuli.

Rakyat sedang buat penilaian dan perbandingan antara PAS dan UMNO.Bukan soal projek sangat.Dalam bandar persepsi nya tak sama dengan pengundi luar bandar.Sampai bila pemimpin UMNO Bahagian nak usong hamper keliling kampung.

Rakyat nak cari pemimpin yg bersih,berilmu,berakhlak mulia,ada nilai kepimpinan.

Lambang parti sudah tidak penting lagi.Calon itu yg penting.UMNO dan BN jangan harap untuk dapat kuasa mutlak macam dulu.

Siapa pun jadi kerajaan kali ini iaitu PRU 13 akan berdepan dengan pembangkang yang kuat.Peranan pembangkang amat penting dalam politik kini.

Kerana pembangkang kuatlah Dato Najib terpaksa minta maaf dan rendah diri.Kerana pembangkang kuatlah segala bantuan terjun turun dari kerajaan.

Ini lah landskap politik selepas 54 tahun merdeka.Kuasa ditanagn rakyat diguna secara teliti dan menguntungkan rakyat.

Kalau tidak kuasa yang ada di gunakan untuk mengisi uncang dan perut pemimpin sahaja untuk nimmati hidup dgn segala kemewahan.

UMNO kena insaf semua ini.Jadi pemimpin bukan lagi nak buat harta bertimbun.Zaman lagak ungut orang sana sini sudah berakhir.

Zaman Ketua bahagian adalah segalanya sudah berakkhir.Ketua Bahagian adalah hak ahli UMNO sahaja.Dia tak ada kena mengena dengan rakyat yg lain.

Oleh semua pemimpin UMNO di Kedah harus duduk berbincang agar hala tuju UMNO biar kemas dan mantap.

Ramai pemimpin Melayu yang hebat di Kedah berada di luar lingkaran UMNO.Mereka inilah yg akan menetukan arah pengundi PRU13 nanti.Yang ada dalam lingkaran UMNO disifatkan sebagai kayu mati atau hero wayang tongkoi sahaja.

Inilah perbandingan yg sedang dibuat sekarang.Majls himpunan ala angkut sudah tidak berkesan.Jati diri semangat juang kian ripis.

PAS ke UMNO ke jadi tarungan pengundi di Kedah.calon ok dan hebat itulah pilihan rakyat.Kalau calon pun hanya sesuai untuk lalat maka busuk lah jadinya.

Pada UMNO calon itu bukan untuk ahli UMNO sahaja.Calon UMNO wajib seiring dengan calon rakyat setempat.

Nak jadi pemimpin UMNO bukan susah.Dia bergantunb pada siapa ada wang banyak.Bertandinglah/Siapa tabur lebih dan banyak maka menang lah dia.Yang tabur sikit kalah lah dia.

Itualah syarat nak jadi pemimpin UMNO hari ini.

Nasib UMNO di Kedah bergantung pada rakyat Kedah.Jumpa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Azizan tiada kridbeliti dan kuasa sebagai Menteri Besar. Kerjanya dan kuasanya akan sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa Pemantau PAS Pusat.

Siapa yang mengetuai Jawatankuasa Pemantau ini?. Dari segi apa yang akan dipantau?. Kewangan Negeri?. Kelulusan projek?. Atau apa-apa lagi?. Mungkin berdasar dalam 10 atau beberapa syarat yang dikemukan oleh Phahrulrazi dan Dr Ismail kapada PAS Pusat itu sahajakah yang menjadi asas pemantauan Jawatankuasa Pemantauan yang ditubuh itu?.

Persoalan, Sudah tentu dalam pendapat ahli bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pemantau itu terdiri daripada Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden PAS yang ada sekarang, iaitu Mat Sabu, Salehuddin, Mahfuz dan Tuan Ibrahim. Utama yang akan diberi tanggungjawab, saharusnya Mahfuz lah. Kapada Ustaz Azizan, siapa Mahfuz niihh... Yang ahli PAS dan orang ramai tahu, Ustaz Azizan terlalu meluat kat Mahfuz niiih... begitu juga sebaliknya. Jadi, macam mana Mahfuz nak pantau kerja Ustaz Azizan dengan kerja-kerja MB nya?. Awat, Mahfuz nak ambil tahu segala keputusan mesyuarat Exco?. Pada kita, Ustaz Azizan akan ludah muka Mahfuz, jika dia mengambil tahu hingga ka peringkat itu. Tapi, itu yang harus dibuat oleh Jawatankuasa Pemantau. Dan, itulah mungking syarat yang dibuat oleh Pahrulrazi dan Dr Ismail dan dipersetujui oleh PAS Pusat.

Jika tidak Mahfuz, as a Naib Presiden, sapa dikalangan mereka yang akan mengepalai Jawatankuasa Pemantau ini.

Jawabnya, bagi Ustaz Azizan, dalam hatinya... "JAWATANKUASA PEMANTAU KEPALA BAPAK HAMPA, AKU TAK DAK NAK HEGHAN LAH JAWATANKUASA TUUUHH... AKU NAK BUAT KEGHJA, AKU BUAT!!!!. PRU13 AKAN DATANG, HAMPA AKAN BERGADUH SAKAN DENGAN AKU, MASA AKAU NAK MENENTUKAN CALUN. HANG PHAHRULRAZI/DR SEMAIL, JANGAN HARAP AKU NAK CALUNKAN HAMPA JADI CALUN PAS PENGKALAN KUNDOK DAN ALOR MENGKUDU. AKU AKAN LETAK ORANG LAIN JADI CALUN SITU.".

Pada kita ahli PAS dan orang ramai di Kedah, merasakan PAS Kedah akan bergaduh besaq lagi pada masa akan datang. Tak tak kena gaya, PAS ghuyub macam tu jeeeee... JADI PEMERINTAH BARU SETAHUN JAGUNG, MUNGKIN KERANA NAK GHEBUT HARTA, BERGADUH DAN BERTIKAM HINGGA SALAH SATU PIHAK AKAN MATIIIIII......

Tanpa Nama berkata...

perebutan nak jadi khalifah ni zaman dulu kala pun dah ada.sejarah Saidina Ali dalam perebutan jadi khalifah hingga syahid 2 sahabat Nabi.

Apa umno bengong sangat bahalol dan tolo.kerana otak lembu.

setiap perselisihan faham akan mendapat keputusan yang memantapkan lagi Kerajaan PAS di Kedah.

bukan macam umno memerintah ibarat macam ikut suka pak dia.dia kira kroni dan puak dia saja.

hasil negeri kira depa saja.rakyat kedah mendapat banyak menafaaat dari pemerintahan kami PAS.

bantuan jkm dari 75 kita naikan jadi150
skim kafalah siapa meningal dapat 500
dapat membina kuin 350juta
dapat bina mahad tahfi pulau tuba
dapat selesaikan isu tanah tunku yacob
cukai tanah turun

umno tak buat perintah ja 50 tahun.
RAKYAT JANGAN UNDI BN taubat taubatlah

Tanpa Nama berkata...

Salam puak PAS,aku ni makhluk atas pagar, election yang lepas aku dan kekawan buat rombongan balik keKedah pangkah PAS,minyak duit sendiri,tol duit sendiri,habis beribu untuk lihat negeri KEDAH BAGUIH,TUT-TUT jadi macam ni...Ir Bahlulrazi dan Dr. Maie dok pulun pelingkup Kedah,aku dan kekawan sekupang tak minta PAS ganti duit kami,dulu aku ada dengaq orang kata puak PAS ni OTAK JUMUD,tapi dgn apa yang dilakukan oleh 2 ekoq BAHALUL ni aku confom memang puak PAS NI OTAK JUMUD...sama dengan puak Mat Bashah dan Det Kalid kaki pelingkup...pendek ceri wahai puak PAS hampa jangan ingan kalu puak PAS dok pulun pangkah tapi tanpa undi puak atas pagak hampa akan menang...PRU 13 ni aku dan kekawan rasanya tak perlu membazir tenaga dan duit lagi....KAMI DOK RELAK TENGOK CERITA HINDUSTAN LAGI BAGUIH,aku anak pendang aku kenai sapa BAHLULRAZI anak ustaz Zawawi...nasihat aku pada 2 Bahalul ni hangpa ni layak jadi Tok gu TEPI LONGKANG saja

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates