Khamis, 15 Mac 2012

PR junjung undang-undang Rimba.

Perlembagaan sudah tidak dirujuk. Ini perangai puak-puak bingai Pakatan Rakyat.

Di Parlimen semua dibahaskan sebelum diwartakan menjadi undang-undang dan sebagainya. Dan dari situlah pihak penlaksana membentuk prosedur atau tatacara kerja supaya menjadi teratur mengikut akta-akta yang telah dipersetujui semua.

Tup tup, mereka sendiri yang tidak ikut apa yang telah dipersetujui dalam parlimen. Apakah mereka ini binatang dihutan yang tidak kisah kepada undang-undang? 

Apakh undang-undang rimba saja yang menjadi panduan mereka?


Pakatan Tidak Bersedia Untuk Kalah Pada PRU 13....!!!!

Satu perbincangan khas bersama Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bakal diadakan sebagai keputusan akhir samada akan menyertai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) bersama Kerajaan Pusat ataupun sebaliknya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelaskan, Mesyuarat tersebut juga bakal disertai kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi 4 buah Negeri yang dikuasai gabungan 3 Parti Pembangkang tersebut.

Beliau juga mendakwa, Mesyuarat yang akan dipengerusikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan mengambilkira kesemua pandangan daripada semua pihak termasuklah Pimpinan Kerajaan Negeri sebelum keputusan akhir diputuskan.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sudah tiba masanya satu perubahan besar dilakukan dengan menjemput setiap Pemimpin Parti Politik di Negara ini tanpa mengambilkira ideolongi bagi menyelaras tarikh PRU13.

"Sepatutnya diadakan rundingan perbincangan supaya diselaraskan tarikh pilihan raya, jangan hanya pihak Barisan Nasioal saja, seolah-olah mereka yang punya segala-galanya." jelas beliau.

Ketua Umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyertai Sidang Media itu bersetuju dengan pandangan ketiga-tiga parti akan kemukakan satu manifesto peringkat nasional atas nama Pakatan Rakyat

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates