Jumaat, 23 Mac 2012

Salman Rushdie sahabat Anwar?

Jika Salman Rushdie dipanggil untuk beri ceramahnya tentang kebebasan bersuara, maka sesuatu tidak kena dengan forum tersebut. 

Sudah pasti seseorang yang pernah memburukkan Islam, Nabi, dan semua yang berkaitan dengan Islam bakal membincangkan perkara atau pemikiran yang sama. 

Tetapi kenapa Anwar juga berada di forum yang sama?

Apakah Anwar juga memperjuangkan kebebasan yang sama diperjuangkan Salman Rushdie. Bebas bersuara memburukkan kepercayaan atau agama orang lain?

Apakah Anwar bakal membincangkan kebebasan yang mana beliau tidak dapat nikmati di Malaysia seperti homoseks, sek bebas dan gay?

Apakah Anwar akan menyebarkan Pluralisma agama yang diagung-agungkannya?

Anwar ibarat pokka. Sekejap coklat, sekejap hijau, sekejap merah. Hidup dalam pelbagai warna!


Salman Rushdie, Anwar & PKR Serasi Bersama

KEHADIRAN Anwar Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012)  mudah untuk di fahami kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu sendiri yang memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran pemikiran Anwar yang diketahui umum agak liberal.

Kebetulan ataupun sememangnya sudah tersurat sejak azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie kemudiannya berkongsi majlis tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 16 & 17 Mac 2012.

Salman Rushdie dikenali umum selepas buku karangannya The Satanic Verses secara terbuka menghina sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang mengundang kemarahan & bantahan di seluruh dunia Islam.

Antara isi kandungan buku itu ialah;-

1. Salman menulis, wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

- AIDC Blog -

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates