Khamis, 8 Mac 2012

Saya MOHON MAAF

Kedah Times amat terharu dengan permohonan maaf yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita DS Najib di Kuala Ketil tempohari. 

Begitulah pemimpin Islam yang benar-benar berjiwa rakyat. Sanggup memohon maaf atas kesalahan lalu walaupun bukan era pemerintahan beliau tetapi sebagai seorang pemimpin negara dan parti, beliau merasakan yang dia juga bertanggungjawab di atas kesilapan yang telah berlaku.

Inilah ciri-ciri pemimpin Islam yang pentingkan Aliff Baa Taa. 

Amat jauh bezanya dengan Nik Aziz yang disanjung PAS sebagai Mursyidul Am mereka. Kesalahan atau kesilapan samada perbuatan atau kata-kata yang dilakukan Nik Aziz atau PAS, disuarakan dengan alasan dan fatwa-fatwa baru. Bukan nak mengaku dan memohon maaf, tetapi ulasan atau alasan yang megeliru dan memeningkan orangramai.

Balik kepada kesilapan UMNO pada PRU12 lalu, Kedah Times merasakan yang patut memohon maaf adalah PM dan PResiden UMNO pada waktu itulah yang PATUT memohon maaf kepada semua ahli-ahli UMNO dan rakyat amnya. Kesalahan dan kesilapan dalam mencatur politik UMNO yang mengikut hawa nafsu diri dan orang keliling yang membawa kepada rebahnya UMNO. Memekak telinga dan membisu dari teguran rakyat marhein bawahan membuatkan UMNO kehilangan banyak undi.

Rendahkan diri ... mohon maaf.

Dah tak lupa kepada bekas-bekas pemimpin Kedah yang lalu. Mereka juga KENA memohon maaf kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat Kedah atas kesilapan yang mereka lakukan. Dek kerana ego dan gila jawatan serta berkroni, Kedah terlepas dari UMNO.

Kedah Times dapati, mereka-mereka ini jugalah yang sentiasa bergerak ke sana dan ke sini membodek, melobi dan menunjukkan muka supaya rakyat atau pemimpin atasan nampak yang mereka sajalah winnable candidate untuk PRU13.

Apa kata kalau ahli UMNO atau rakyat Kedah Tolak mereka-mereka ini jika :

1. Mereka tidak memohon maaf atas kesilapan mereka yang lalu.

2. Mereka tidak membuang perangai lama yang asyik membodek atau menonjolkan muka hanya waktu pemimpin atas muncul

3. Membuang perangai yang merasakan UMNO ini milik mutlak mereka atau menganggap UMNO ini Sdn Bhd.

4. Benar-benar Mempraktikkan RAKYAT DUDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

5. Rendah hati mengaku bahawa keupayaan untuk berkhidmat sudah tiada.

6. Praktikkan dasar perjuangan ALIFF BAA TAA.

Dan mungkin pelawat boleh letakkan banyak lagi perkara-perkara yang difikirkan perlu. Kerana tanggungjawab sebagai seorang pemimpin amatlah berat. Dan yang PENTING pemimpin dilantik bukan dengan cara menawarkan diri untuk menjadi pemimpin sebaliknya Pemimpin dipilih atau dibaaih oleh rakyat.

SERU KEDAH TIMES, rendahkan diri anda, buang sikap ego, buang rasa malu, mohon maaflah kepada rakyat Kedah.

Ada berani !


Mohon Maaf… Najib Contoh Pemimpin Bertanggujawab – Ustaz Fadlan

KUALA LUMPUR 7 Mac – Sikap merendah diri yang ditonjolkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat permohonan maaf bagi pihak Barisan Nasional (BN) atas kesilapan lalu menunjukkan beliau sebagai pemimpin yang bertanggungjawab.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al-quran dan As-sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Ustaz Fadlan Othman berkata sikap berkenaan amat dituntut di dalam Islam dan ianya merupakan sikap terpuji.

Menurut beliau itulah antara sikap yang perlu ada pada seseorang pemimpin yang bukan sahaja mengaku kesilapan, malah turut berjanji untuk memperbetulkan kesilapan yang lalu demi kepentingan semua pihak.

“Bagi saya secara keseluruhannya tidak kira sesiapa itulah yang perlu kita amalkan kerana Islam menuntut perkara sedemikian rupa. Seseorang pemimpin yang bertanggungjawab adalah melihat kelemahan yang ada dan berusaha untuk memperbaikinya semula.

“Berbanding dengan mereka yang tahu ada kesilapan tetapi masih lagi mengabaikanya untuk baik pulih kesilapan itu, ianya adalah ciri-ciri pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Kita seharusnya bersyukur dengan pemimpin yang bertanggungajwab seumpama itu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ustaz Fadlan seterusnya memberikan peringatan terhadap mereka yang hanya tahu sekadar berjanji dan tidak menunaikannya sepertimana yang diungkapkan kerana itu sebahagian daripada tanda-tanda orang munafiq.

“Kepada mereka yang sekadar berjanji tetapi tidak menunaikannya ingatlah….Ayat 1 Surah Al-Maidah yang bermaksud Wahai orang-orang yang beriman sempurnakanlah perjanjian-perjanjian…Manakala hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud empat tanda orang munafiq…Apabila berjanji sering mungkir janji….

“Kita masa bercakap bukan main hebat tetapi jika kita tidak laksanakan masyaallah…Itulah yang kita perlu elakkan dan jadilah pemimpin yang bertanggungjawab dan bukannya pemimpin yang sekadar berjanji semata-mata” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihanraya umum lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

-MediaUMNO

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates