Khamis, 29 Mac 2012

Speaker : Pengurus Persidangan DUN


Ini apa yang berlaku di DUN negeri yang diperintah PR.

Speaker yang beraksi sebagai moderator, orang tengah, pemudahcara, atau apa saja nama yang boleh kita panggil, tetapi tugas hakiki beliau ialah mengelolakan dan menguruskan sidang DUN supaya berjalan dengan baik, menghasilkan resoluri atau keputusan yang menguntungkan rakyat.

Tetapi sebaliknya berlaku dimana Speaker memberi arahan kepada ADUN-ADUN yang bersidang supaya 'potray' kepada ADUN dan rakyat yang mereka adalah yang terbaik supaya kuasa tidak terlepas dari tangan mereka pada PRU kelak.

Ini di Selangor. Di Kedah, mungkin berat sebelah berlaku tetapi tidak seteruk di Selangor. Mungkin di Kedah ADUN-ADUN nya baik-baik. Bersidang pun mungkin sambil minum kopi o atau sebagainya. Kedah Times tak tahu kerana tak pernah masuk sidang DUN. Malahan tidak ada seorang ADUN pun pernah teringin nak cerita apa yang berlaku dalam sidang DUN Kedah. Yang cuba mereka nak cerita ialah kisah-kisah yang nak 'promote' diri sendiri. Boleh belahhh ... kata Kedah Times.

Speaker Memihak: Teng atau Khalid Yang Perlu Bertanggungjawab?

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.

Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR dan Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.

“This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”.

“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012

Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.

Peranan Speaker

Umum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.


Dalam laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan dan tugasan speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan”.


Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil dan bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan dan ketidaktelusan.

Misalnya dalam urusan pembahagian tender dan kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.

Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.

Ketelusan dan keadilan

Andainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.

Jika tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.

Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.

Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.



Andainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.

Jika tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.

Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.

Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates