Jumaat, 9 Mac 2012

Sultan Kedah diketepikan PAS

Seperti yang Kedah Times katakan sebelum ini bahwa tindakan penubuhan Jawatankuasa Pemandu  untuk negeri Kedah ibarat memperbodohkan rakyat Kedah. Macamlah orang-orang Kedah ini BODOH Sangat sehingga tidak tahu memerintah.

Mungkin kita boleh kata bahawa orang PAS lah yang bodoh. Sanggup membiarkan Kedah dijajah dengan senang sekali. 

Dan pihak Sultan Kedah tidak pernahpun diminta 'consent' tentang penubuhan ini. Dimana Kuasa raja? Dimana kuasa rakyat?

Jika pun dah tak mampu perintah, bubarkan saja DUN. Serah kembali kuasa kepada rakyat. Bukannya menyerahkan kuasa kepada orang luar. Ini dinamakan penjajahan namanya.

Jika penjajahan ini berterusan, Kedah Times menyalahkan orang-orang PAS kerana menyerahkan kuasa tersebut.

Ingat kita masih ada Sultan yang menjadi pemerintah nombor satu di Kedah.


Pemandu tiada kuasa rasmi campuri urusan kerajaan

Prof Datuk Dr Agus Yusof menyifatkan pembentukan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS boleh memperlihatkan PAS cuba mencampuri urusan kerajaan secara rasmi.

Menurutnya dalam laporan Malaysian Insiders, konsep “parti mengusai kerajaan” boleh diamalkan namun ia mesti dilaksanakan dengan tanggujawab yang melibatkan barisan kepimpinan pentadbiran.

Namun begitu jelas Agus, Jawatankuasa Pemandu sepatutnya hanya sekadar penasihat kepada kerajaan negeri dan tidak boleh sama sekali campur tangan dalam urusan pentadbiran.

Penentu keputusan kerajaan semestinya terletak kepada Menteri Besar dan barisan exconya.

Pensyarah UKM itu menambah MB dan exco tidak boleh terikat dengan J/kuasa Pemandu dan boleh menolak keputusan dibuat. Jawatankuasa itu punya pengaruh ke atas MB dan exco dan tidak memmpunyai kuasa formal mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Apa-apa keputusan dalam pentadbiran negeri termasuk pelantikan di bawah kuasa MB hanya boleh dilakukan setelah perkenan Sultan Kedah. Bagi membolehkan Pemandu berkuasa, ia perlu diperkenan oleh Sultan

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates