Ahad, 25 Mac 2012

Tak Perlu Ajar Bahasa Melayu di Sekolah Cina


Sebagai negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, tentulah bukan sesuatu yang pelik,dan jauh sekali satu kesalahan jika majoriti rakyat hanya fasih kedua-dua bahasa ini sahaja.

Walaupun kaum Cina dan India mewakili kaum yang kedua dan ketiga ramai di Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Tamil tidak pernah dinobatkan sebagai sama taraf dengan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Kedua. Ini adalah amalan biasa bagi mana-mana negara yang bermasyarakat majmuk agar negara dapat mencapai matlamat perpaduan yang jitu.

Berdasarkan hakikat ini, maka memenuhi kehendak ektremis Dong Zhong agar semua guru-guru yang dihantar ke sekolah Cina wajib fasih berbahasa Mandarin tentulah sukar dipenuhi. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kaum Cina sendiri kurang berminat menjadi guru dan begitu sedikit sekali yang menghantar permohonan untuk menjadi guru.

Justeru, bagi memastikan anak-anak Cina tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran Malaysia, guru-guru yang tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Mandarin terpaksa juga dihantar ke sekolah Cina untuk mengajar beberapa matapelajaran lain, terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu.

Namun, sudah menjadi kelaziman mana-mana ektremis seperti Dong Zhong untuk tidak dapat berfikir secara rasional dan enggan menerima penjelasan yang diberikan kerajaan. Sebaliknya mereka mengambil sikap degil dan keras kepala inginkan tuntutan mereka dipenuhi walaupun ianya mustahil.

Oleh yang demikian, inilah disarankan agar kerajaan membenarkan Dong Zhong membuang sahaja semua guru-guru di sekolah Cina yang tidak boleh berbahasa Mandarin dan tidak perlulah membekalkan guru-guru Bahasa Melayu kepada mereka lagi selepas ini.

Biar mereka memaksimakan masa pengajaran beberapa kerat guru-guru yang fasih berbahasa Mandarin yang ada dalam negara bagi memenuhi keperluan pengajaran semua matapelajaran di sekolah-sekolah mereka. Jika perlu, mungkin mereka perlu menimbangkan kemungkinan seorang guru perlu mengajar di dua atau tiga buah sekolah.

Dan kemudian, kita lihat sahaja bagaimana anak-anak mereka akan membawa diri di Malaysia setelah tamat sekolah kelak. Bagaimana mereka berurusan dengan pelanggan Melayu, pekerja Melayu, kerajaan, pihak berkuasa seperti polis, imigresen dan sebagainya terutama apabila mereka menghadapi kesulitan.

Mungkin Dong Zhong terlalu yakin yang mereka boleh hidup dalam dunia terasing mereka sendiri, membawa aspirasi negara asal nenek moyang mereka dan tidak mengambil bahagian langsung dalam pembentukan Bangsa Malaysia.

Hari ini, bukan sedikit warga Cina Malaysia yang tidak fasih berbahasa kebangsaan mahupun bahasa Inggeris. Lihat sahaja bagaimana begitu banyak perniagaan kaum ini yang meletakkan iklan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang hancur lebur.

Penulis sendiri pernah beberapa kali ‘naik angin’ dan menghempaskan telefon apabila pegawai berbangsa Cina yang menjawab telefon tidak dapat berkomunikasi dengan baik sehingga menimbulkan kekecewaan dan kemarahan penulis sebagai pelanggan.

Sikap ini menunjukkan keangkuhan atau ‘chauvinism’ yang tegar di mana kaum Cina merasakan yang mereka tidak lagi memerlukan kaum lain untuk hidup di Malaysia.

Sedangkan masalah komunikasi yang buruk mampu menggugat sesebuah syarikat sehinggalah ke sebuah negara.

Contohnya, walaupun ekonomi Negara China sedang berkembang pesat, tetapi masalah komunikasi kekal menjadi masalah berat bagi syarikat-syarikat dari negara itu. Dari pengalaman kerja penulis sendiri, penulis menyaksikan bagaimana pegawai-pegawai dari syarikat negara itu diketawakan atau dicemuh kerana tidak memahami apa-apa di dalam mesyuarat dan akhirnya gagal menepati syarat dan prosedur yang dikenakan. Keadaan ini menyusahkan, menambahkan kos serta membuang masa semua yang terlibat.

Menyedari hal ini, Negara China akhir-akhir ini juga telah berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat mereka. Walaupun ia masih menjadi masalah sehingga kini tetapi kita boleh memaafkan mereka kerana masalah ini berakar umbi dari dasar negara mereka.

Tetapi, kita tidak boleh memaafkan mana-mana warga Malaysia yang sepatutnya fasih berbahasa kebangsaan dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik tetapi mempunyai masalah komunikasi yang sama sepertimana warga China.

Sedangkan dasar negara ini tidak pernah meletakkan Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama dan tidak ada sebab kenapa seseorang yang mengaku sebagai warganegara Malaysia lebih fasih berbahasa Mandarin dari bahasa kebangsaan negaranya sendiri.

Kadang-kadang kita merasa letih mengenangkan walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka, soal bahasa Mandarin tidak habis-habis menjadi isu. Masalah ini tidak lain tidak bukan berpunca dari kewujudan ektremis seperti Dong Zhong yang enggan berpijak di bumi nyata dan enggan mengiktiraf langit yang dijunjung.

Selagi wujud ektremis seperti Dong Zhong, eloklah kaum Cina berhenti bermimpi yang Malaysia akan menerima mereka sebagai rakyat setaraf dengan bumiputera selama-lamanya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Inilah masaalahnya, China diMalaysia sukar disentuh, baik pembangkang atau pun Kerajaan, sebabnya, undi lebih penting dari segala-galanya, yang bertambah pelik pula, disaat genting bergini, Orang Melayu, semakin berpecah, China semakin menyedari kaum melayu bermasaalah, sebab itu, mereka semakin melampau & keras kepala.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates