Khamis, 29 Mac 2012

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Bukan main lagi Tan Sri dok buat sidang Media dok hentam Umno, dok fitnah Umno kononnya dok beli undi. Apa yang Tan Sri sendiri buat tak semestinya orang lain pun buat. Jangan bila kita ni serabut, kita anggap semua orang serabut macam kita.

Soal beli undi yang terang-terang dan berbukti yang dibuat oleh Nik Aziz ni, satu hal. Tapi apa ke halnya perlu buat sidang media nak kritik Umno. Tan Sri bukannya orang biasa macam kami yang dok sokong Umno dari bawah ni walhal pemimpin Umno yang duduk atas tu tak kenal pun kami.
Kalau kami lainlah, nak jumpa susah sebab pemimpin tak kenal kami, jadi kami suarakan melalui blog untuk kebaikan Umno. Tapi Tan Sri boleh masuk jumpa SU Agung Umno atau mana-mama pemimpin dengan mudah.

Kami tahu Tan Sri kerja kuat, tapi Tan Sri pula dok ungkit pasal jasa Tan Sri pada Umno, Tan Sri ada teringat dak berapa ramai lagi yang dok sokong Umno termasuk yang sokong Tan Sri dan takdak sapa kenal pun depa ni. Sapa yang lebih ikhlas? Adakah pemimpin macam Tan Sri yang lebih ikhlas atau penyokong bawahan yang takdak peluang nak ungkit apa pun jasa mereka.

Malah, penyokong bawahan, bila ada masalah peribadi kami selesaikan sendiri saja, tak buat sidang media pun untuk hentam Umno secara terbuka sampai panggil TV PAS lagi. Cuba setiap AJK cawangan buat hal macam Tan Sri, boleh hancur Umno.

Awat ingat penyokong bawahan tak laku ka? Ingat kami tak boleh panggil TV PAS macam Tan Sri buat ka?

Takkan kami nak buat sidang media juga pasal hal dalaman rumah Tan Sri. Bila kami pi rumah Tan Sri, apa hidangan special yang Tan Sri "all the times" ada dekat bar tu?
Kami sebenarnya sangat bersyukur bila Tan Sri keluar dari Umno, sebab tunggui-tunggui lama yang tak produktif tapi masih bertapak macam Tan Sri la yang menyebabkan Umno yang dapat nama.

Gentleman la Tan Sri. Kami tahulah Tan Sri gemar kamera, tapi bila kita dah expired ni, nampak janggal la dok buat sidang media cakap soal peribadi lebih dari soal kepentingan Agama Bangsa dan Negara.

Walaubagaimana pun, Terima kasih Tan Sri kerana keluar Umno. Sekurang-kurangnya Tan Sri tak sanggup jadi parasit lama-lama.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

org 2 mcm kadiaq ni dlm bidang korporat dipanggil 'deadwood'

Tanpa Nama berkata...

jadilah mata lebah jangan jadi mata lalat kerana mata lebah hanya akan mencari madu-madu dari pokok yang terbaik untuk dijadikan madu yang terbaik untuk manusia, jika mata lalat,mata lalat hanya akan mencari benda-2 yg kotor dan tak elok aje untuk di jadi makan mereka.maksudnya carilah perkara-2 yg elok dlm menjadikan negara malaysia lebih maju dan aman makmur.jgn jadi mata lalat dlm merosakkan tanah malaysia ini seperi yg di lakukan oleh golongan parti politik dlm cubaan menjatuhkan malaysia yg tercinta ini.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates