Khamis, 15 Mac 2012

Tarah Tetap Tarah

Nampaknya godaan wang balak telah membutakan pemimpin PAS sehingga membuka kawasan tarahan baru untuk dibotakkan. Sebagaimana kita sedia maklum sudah beberapa hutan simpan dibotakkan. Ini suara orang Kupang yang mengeluh apabila bakal menerima air milo pekat kedalam sungai sungai mereka.

Jika dulu, semasa kerajaan BN membina tali air MADA untuk pengairan bagi membolehkan padi ditanam setahun dua kali, pemimpin PAS siang malam menghasut rakyat katanya bumi Kedah menangis dikorek. itu kalau projek untuk rakyat...

Tapi apabila mereka menarah untuk penuhkan poket dua tiga kerat pemimpin PAS, mereka bukan setakat diam membisu, malah meluaskan lagi kawasan walaupun dirayu penduduk setempat.

BALAK UNTUK PILIHARAYA.. PAS KAUT UNTUNG


Penebangan balak yang berleluasa di Kg Iboi, Kg Bukit Hijau dan sekarang ini melarat ke kasan Bukit Palong, Sera Baling serta sekitar di daerah Baling, Kedah. Aktiviti ini dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kedah yang dahulunya pembangkang. Jika kita melalui jalan di sana, kita akan dapat melihat sangat banyak kawasan hutan serta Bukit yang telah digondolkan. Memang tidak dinafikan, hasil hutan adalah tertakluk kepada pihak kerajaan negeri. Tetapi saya tidak pula nampak proses pemuliharaan yang dilakukan contohnya penanaman semula anak pokok dan sebagainya. Hanya kerakusan mereka mengaut hasil hutan. Adakah hal ini demi kepentingan politik mereka?


Perkara kedua yang menimbulkan rasa tidak puas hati saya ialah berkenaan dengan penjualan tanah lot yang dahulunya tanah rizab kerajaan. Hal ini juga berlaku di kawasan tersebut. Padahal, tanah di kawasan tersebut telah diberikan permit oleh jabatan hutan kepada 40 orang penduduk suatu masa dahulu untuk menanam padi huma.

Kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang terletak di jajaran
 banjaran Titiwangsa  adalah antara kawasan yang memiliki
 sistem ekologi terbaik.
Kegiatan penebangan pokok itu dikatakan turut mencemari sebuah kolam yang menjadi sumber air para penduduk Kampung, terutama ketika hujan.Air lumpur yang mengalir dari kawasan bukit memasuki kolam yang digunakan para penduduk untuk kegunaan harian.



Kredit kamerakupang 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates