Jumaat, 23 Mac 2012

Tarikh PRU 13, PR Meroyan Sampai Lupa Diri

Sejak kebelakangan ini, Pakatan Rakyat tidak henti-henti meroyan ingin tahu tarikh pilihanraya umum ke-13.

Mereka mahu PM menetapkan tarikh pilihanraya lebih awal, kononnya bagi membuktikan bahawa PM tidak takut bagi menghadapi pilihanraya.

Agak pelik juga, apabila mereka yang setiap hari melaungkan bahawa rakyat sudah mengalih sokongan kepada mereka tiba-tiba jadi begitu tidak yakin boleh menang jika pilihanraya diadakan pada bila-bila masa. Walhal, jika perjuangan mereka adalah demi rakyat dan rakyat puas hati dengan prestasi mereka mentadbir beberapa negeri dibawah mereka, mengapa begitu ketakutan?

Tambahan lagi, pilihanaraya bagi Dewan Undangan Negeri tidak terikat langsung dengan Pilihanraya Umum, dan mereka boleh umumkan untuk bubarkan DUN di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tanpa apa-apa halangan.

Kenapa mereka tidak tentukan saja pilihanraya negeri daripada mahu mengikut Najib, dan dalam masa yang sama merengik PM najib memebritahu mereka tarikh pilihanraya.

Malah, gesaan membubarkan DUN telah dibuat di Perak apabila Nizar Lambai Jamaludin sudah hampir kehilangan kuasa dan masih menjadi MB Perak. tetapi sebaik saja Nizar Lambai Jamaludin hilang kuasa, segeralah beliau mahu bubarkan DUN.

Nampak begitu ironi, bila ada kuasa untuk bubar DUN, tidak mahu dibubarnya, tetapi sebaik hilang kuasa, disuruhnya orang yang berkuasa membubarkan Dewan.

Ustaz Azizan juga boleh bubarkan DUN Kedah pada bila-bila masa, ada berani ka?


Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Sany Hamzan (gambar) berkata, Najib hanya nampak gagah perkasa seperti Badang tetapi sebenarnya seorang yang penakut dan bacul kerana masih lagi terus berahsia.

"Datuk Seri Najib meneruskan legasi ketakutan perdana menteri sebelum beliau untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen kerana mereka semua tidak mempunyai keyakinan diri sendiri terhadap kekuatan jentera dan sokongan rakyat kepada mereka.

"Datuk Seri Najib hanya akan berani membubarkan parlimen setelah petunjuk sokongan telah ‘solid’ untuk Umno dan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.




1 comments:

Tanpa Nama berkata...

"Datuk Seri Najib meneruskan legasi ketakutan perdana menteri sebelum beliau untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen kerana mereka semua tidak mempunyai keyakinan diri sendiri terhadap kekuatan jentera dan sokongan rakyat kepada mereka.

KAHKAHKAHKAHKAH kenyataan ni sebenarnya yg tunjukkan pas/pr takut. psycho jer ! pas bodoh !

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates