Isnin, 19 Mac 2012

TIGA SIKAP BURUK PAKATAN

Jika kita amati dan perati secara mendalam, kita boleh lihat wujud 3 sifat buruk yang amat sinonim dengan parti-parti yang wujud dalam Pakatan Rakyat.

Ini juga berkait rapat dengan sejarah kewujudan parti-parti ini.

PAS lahir dari serpihan ahli-ahli UMNO yang tidak puashati dengan jawatan atau kedudukan mereka dalam parti. Mereka-mereka ini tidak pernah puas hati dengan apa yang diperolehi. Dengki, irihati dan tak puashati sentiasa dihati mereka.

PAS dipenuhi dengan sifat SAKIT HATI. Penyokong-penyokong sentiasa dididik supaya menjadi sakit hati terhadap UMNO.

PKR lahir hasil dari PENERAJANGAN Anwar keluar dari UMNO. Beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO; dua jawatan yang amat berkuasa di Malaysia selepas Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Akibatnya, DENDAM untuk membalas dendam kepada UMNO disemat didalam jiwa semua penyokong-penyokong PKR. DENDAM KESUMAT yang sentiasa bersarang dijiwa mereka. DENDAM sinonim dengan penyokong-penyokong PKR.

DAP adalah kelahiran semula UDP atau PAP di Malaysia. Kejayaan mereka memenangi banyak kerusi pada 1969 membawa mereka kepada ketegangan kaum hasil dari sikap dan tindakan mereka sendiri berarak mengelilingi Kuala Lumpur melaungkan kata-kata RACIS kepada orang Melayu. Akibatnya 13 Mei 69 berlaku dimana orang Melayu sudah tidak tahan dengan sikap chauvinist DAP ini. Pergaduhan kaum berlaku.

Maka DAP amat mengingati kejadian yang dimulakan oleh mereka sendiri. Riot 13 Mei adalah provokasi mereka sendiri. Akibatnya mereka kehilangan banyak perkara. Kemarahan mereka membara. dan DENDAM itu disimpan dalam hati sehingga ke hari ini. DENDAM kepada UMNO dan orang Melayu amat sinonim dengan DAP.

Maka amat tidak pelik jika mereka dapat bersama hasil dari cantuman ketiga-tiga sifat tersebut. Walaupun dasar perjuangan amat berbeza. PAS dengan topeng Islamnya tetapi DAP dengan anti Islamnya. PAS dengan Hududnya tetapi PKR dengan Ketua PENZINAnya.

Inilah yang dikatakan PAKATAN SYAITAN!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates