Sabtu, 7 April 2012

ANWAR SUKA BUAT JANJI PALSU TUTUP KEGAGALAN

Semakin dekat desas desus pilihan raya umum dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup, semakin kuatlah pihak pembangkang membuat janji-janji manis.

Malang, kesemuanya hanya tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan sekadar halwa telinga semata-mata.

Paling kedepan dalam membuat janji-janji palsu ini ialah tidak lain tidak bukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat kerana mahu tagih undi daripada rakyat.

Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan duduk di kerusi empuk Putrajaya masih hangat membara, walaupun sebenarnya semakin hari harapan tersebut semakin pudar.

Ke mana-mana sahaja beliau pergi dalam siri ceramah dan jelajah bertemu penyokong, tidak ada bukti tentang kemajuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat kecuali janji-janji untuk mengelirukan rakyat.

Anwar memang pandai berpidato dan menabur janji, sebab itu kelebihan ini digunakan sepenuhnya.

Antara janji pertama yang seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

Lihat betapa teringinnya Anwar kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji yang tidak masuk akal.

Alasan yang diberi Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.

Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri kewangan, malangnya Anwar menunjukkan pemikiran cetek dan terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.

Kalau begitulah cara beliau berfikir, tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk mengeluarkan buah fikiran sebegitu rupa.

Semua rakyat faham, harga minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia.
Walaupun Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasara dunia.

Sebab itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan.

Cadangan Anwar untuk menurunkan harga minyak, tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.

Tengok sahaja di Selangor bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir negeri terkaya di Malaysia tersebut.

Kalaulah Pakatan Rakyat berbangga sangat kerana rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2 bilion di bawah pentadbirannya, mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200 juta hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat?

Jika setiap janji Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka lambat laun negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap!
Ini baru termasuk janji air percuma, bagaimana pula bermacam-macam lagi janji hendak beri percuma itu dan ini, seperti khairat kematian, pelajar univerisiti, bayi baru lahir, bantuan warga emas dan sebagainya.

Pakatan Rakyat tidak pernah mendedahkan kepada rakyat apakah sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu.

Kini yang dibaca di dalam laporan media, Pakatan Rakyat bercadang untuk menjual tanah dan aset negeri kononnya untuk pembangunan, sampaikan bangunan dan tanah menempatkan pelajar miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan ingin dijual kepada syarikat swasta.

Inilah cara Anwar mengurus kewangan negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Bunyi jawatannya amat gah dan mengerunkan tetapi ide yang diberikan untuk bangunkan ekonomi akhirnya hanya akan merugikan negeri dan negara.

Mungkin sebab itu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar sebagai seorang Menteri Kewangan yang gagal!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates