Rabu, 18 April 2012

Banyak sangat ka Group Blogger Pro BN Kedah ni


Kedah Times tertanya-tanya ada banyak sangat ka kumpulan blogger pro kerajaan atau pro UMNo atau pro BN di Kedah ni.

Yang Kedah Times tahu ianya boleh dibilang dengan sebelah tangan saja.

Blogger Kedah Times, blogger UMB dan blogger lone ranger lain seperti DKS, GMC, Merbok Times, Mummy Rokiah dan lain-lain.

CTW kata dia bukan tuju kata-kata tersebut kepada KT, kepada kumpulan atau sapa yang dia tujukan JURASSIC dan PERASAN HEBAT tersebut? Kedah Times naik pening dengan orang macam ni.

Kalau nak pusing pun, berterung terang sajalah. Senang cerita. Sebut saja sapa Jurassic dan perasan hebat tersebut.

Kalau Kedah Times, sebut saja Kedah Times. Jurassic dan perasan hebat tiada kaitan kerana KT merdeka. Apa KT nak buat ikut suka dialah.

Setahu KT, pengerusi Perhubungan UMNO Kedah tak berminat langsung dengan blogger ini. Bagi dia blogger ini macam nyamuk yang suka buat bising kat telinga dia.

KT sarankan kat CTW supaya sebut saja sapa Jurassic dan perasan hebat tu.

Dan kepada puak-puak cybertrooper atau blogger pro pembangkang, KT tak pernah lupa kepada hangpa. Serangan lebih dahsyat bakal menjelma kepada hangpa. Tapi pesan KT kepada hangpa, put your facts right first before you try to answer us.

Kalau setakat kalih cerita, tak payah dok jawab. Buak malu parti hangpa saja.

3 comments:

Bapak3 berkata...

So, in short, ctw is saying that he's shooting in the dark...shooting blanks too. If he really couldn't say whether he's coming or going, why even bother writing them down unless he is looking for a backlash he could not possibly handle?

Tanpa Nama berkata...

Nak tau KT ni bayar atau tidak, senang saja. Tengok depa hentam keliling. Kalau yang dibayar, tobat lahum depa tak berani hentam Pengerusi Perhubungan Negeri macam kat atas tu. Tapi kepada Umno, yang pahit itulah ubat, yang dok bagi manis-manis tu memang sedap, tapi boleh dapat kencing manis. fikir fikir la..

CUCU TOK WAN berkata...

Anda wajar berasa pening sebab anda tersangat mudah melenting.

Di dalam artikel berkenaan, telah dinyatakan secara jelas, bagaimana bermulanya idea konvensyen dicetuskan dan seingat-ingat saya, antara tujuh orang kami, tidak seorang pun dari Kedah Times. Begitu juga ketika mesyuarat kali kedua di Hilton lama, juga tiada Kedah Times... ketika berlangsung konvensyen di PWTC yang mencetuskan kontroversi, Kedah Times juga tidak terlibat...

Jadi, saya hairan, bagaimana Kedah Times boleh berasa kecil hati dengan artikel yang saya keluarkan, padahal secara jelas di situ, ianya memang ditujukan kepada satu pihak yang dari Kelantan sehinggalah ke Sabah, dan bertambah-tambah di Kedah, mereka tidak henti-henti bercerita kononnya mereka telah dianiaya.

Minta maaf, saya tidak kenal sesiapa pun di Kedah Times. Justeru, tidak ada sebab untuk saya menembak, bermusuh atau mengata-ngata Kedah Times.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates