Isnin, 9 April 2012

Bersih 3.0

Bersih 3.0 yang sedang dicanangkan oleh puak-puak yang menyangka merekalah majoriti rakyat Malaysia sedang hangat dipromosikan.

Dana dari pihak-pihak yang berkepentingan dikatakan mengalir masuk. Pluralisma, liberalisma, LGBT, hak asasi manusia, Zionis dan pelbagai lagi kumpulan-kumpulan yang tidak ingin melihat Malaysia, sebuah negara Islam yang progressif bergerak maju ke tahap yang lebih tinggi.

Islam ingin dihancurkan oleh mereka yang tidak mahu melihat Malaysia menjadi 'leader' dalam membawa umat Islam ke tahap yang terbaik.

Lihat flier dan banner yang disebarkan. Sudah nampak ada anasir-anasir asing yang menyusup masuk dalam kumpulan Bersih ini. 

Sudah tentu Ambiga yang beragama Kristian, amat berpengaruh dalam menentukan logo atau slogan Bersih. Tetapi jika Mat Sabu, Khalid Samad atau Samad Said yang juga terlibat dengan menjadi ketua mereka, maka amat sedih kerana mereka sudah dipengaruhi anasir luar.

Bersih adalah agenda kristian yang sudah tidak lagi mempunyai nilai-nilai kemanusian. Kristian yang sudah dicemari dengan agenda LGBT, Zionis, kumpulan-kumpulan songsang dan apa saja yang bertentangan dengan Islam.

Kepada umat Melayu yang berangan-angan untuk bersama Bersih 3.0, fikirlah siapa sebenaryang mempelopori perarakan ini. Siapakah anasir-anasir luar yang menguasai kumpulan ini.

Sanggupkah anda sebagai seorang Islam berjuang untuk menegakkan ajaran songsang ini?



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates