Isnin, 16 April 2012

Blogger Pro BN vs Pro PR

Terus terang Kedah Times katakan yang menjadi blogger pro pembangkang adalah lebih senang dari menjadi blogger pro kerajaan.

1. Selain dari berperang dengan pihak pembangkang, blogger pro-kerajaan terpaksa berperang dengan mereka-mereka dari kem yang sama (pro kerajaan).

2. Blogger pro pembangkang mendapat maklumat dari bos-bos mereka, tapi blogger pro kerajaan kena cari atau cipta sendiri maklumat dan isu.


3. Blogger pro pembangkang dihormati atau disukai oleh pemimpin politik mereka, tapi blogger pro kerajaan belum tentu  dihormati atau disukai, malah diperli atau dikutuk jika tidak mahu ikut mereka.

4. Tuduhan makan duit UMNO atau individu tertentu bukan saja dituduh oleh blogger pro pembangkang tetapi yang juga berada bersama kerajaan pun mengeluarkan tuduhan yang sama.

5. Blogger pro kerajaan ini sentiasa dipandang serong yang kononnya kaki minta bayaran dan sebagainya.

6. Blogger pro kerajaan dipanggil apabila individu besar dalam UMNO terdesak atau ada agenda tersendiri.

7. Blogger pro kerajaan dilabel dengan pelbagai .. picisan, perasan, low class dan sebagainya.

Tapi bagaimanapun Kedah Times rasakan itu semua asam garam dalam perjuangan. Serangan bukan saja dari musuh utama tetapi juga dari dalam. 

Jika kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan Alif Baa Taa kita, InsyaAllah kemenangan bakal menjelma. Allah menyayangi mereka yang ikhlas dalam menegakkan ajaranNya.

Dan Kedah Times sentiasa percaya selagi pemimpin-pemimpin UMNO tidak lagi dari Aliff Baa Taa, mereka senantiasa berada dijalan yang betul dan diredhaiNya.

Kedah Time percaya yang Kedah Times berada dijalan yang betul dalam memperjuangkan Aliff Baa Taa ini.

Apa saja rintangan yang datang Kedah Times akan terus memperjuangkan apa yang dipercayai. Seperti kata Tun Dr Mahathir .... Perjuangan yang belum selesai .. 

1 comments:

Pengundi Baharu berkata...

Siapa cakap blogger pembangkang tak perli memerli sesama sendiri? Tak ada kem? Mereka lagi teruk... Kerja Blogger pembangkang memang la senang. Tak dapat selesai kes, depa akan salahkan UMNO. Sampai rakyat muak dan mengejek mereka, semua salah UMNO. :)

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates