Isnin, 9 April 2012

Buta dan Tuli: Hinanya Ahli PKR Di Mata Azmin Ali


Marah betul Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali apabila wartawan memintanya menjawab persoalan berkaitan pemilikan saham seperti yang ditimbulkan oleh ahli & pemimpin PKR Cabang Ampang baru-baru ini.

 Kata Azmin Ali, hanya orang yang buta dan tuli sahaja yang percayakan dakwaan sedemikian. Kasar dan biadap sungguh tutur kata seorang Timbalan Presiden apabila berdepan dengan isu yang menuntut penjelasan dan tindakan lanjut dari pihaknya.

Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai ahli PKR di mata Azmin Ali walhal permintaannya cukup mudah, tidak sukar difahami dan tentu saja ramai rakyat turut sama ingin mengetahui jawapan konkrit Azmin berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali.
Mereka cuma ingin penjelasan lanjut dan langkah selanjutnya dari Azmin bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2 juta lebih yang dibangkitkan oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi oleh lawan

Dalam keadaan yang baru sekadar memegang jawatan kedua tertinggi parti tapi pembawaan sikap Azmin sudah cepat melenting, biadap dan tidak menghormati ahli bawahan, tidak mustahil jika takdir membenarkan PKR memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari itu jadinya.

Azmin agaknya terlampau syok sendiri hingga lupa dari mana jawatannya sekarang diperolehi.

Bukankah di saat pemilihan parti berlangsung, ahli bawahanlah yang dipuja dan dirayu bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden.

Malang bagi ahli & penyokong PKR kerana terpaksa mendukung kepimpinan parti yang tidak tahu menghormati hak ahli untuk mendapat penjelasan yang meyakinkan.

Eloklah ahli dan penyokong PKR di Cabang Ampang serta seluruh negara fikirkan semula kedudukan mereka dalam PKR.

Tak payah buang masa berjuang dalam parti yang hanya hebat slogan demokrasinya tapi kosong pengisian dan praktikalnya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates