Jumaat, 20 April 2012

Dahsyat PAS!!! Sanggup Pinda Enakmen Untuk Ranapkan Madrasah Salihiah

Kesungguhan PAS menuruti telunjuk Sony Ho untuk merobohkan Madrasah Salihiah tidak ada tolok bandingnya.

 Memandangkan pilihanraya semakin dekat, Madrasah Salihiah perlu diranapkan dengan segera agar hasrat pemaju dapat dipenuhi, dan dapatlah PAS menjamah habuannya.

PAS tahu jika permohonan injunksi oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah diteruskan menggunakan enakmen sedia ada, maka Madrasah Salihiah pasti akan dapat dipertahankan barang sebulan dua atau lebih lama lagi.

Terdesak dengan perang dalaman PAS, Ustaz Azizan tiada pilihan melainkan akur dengan kehendak kumpulan Dato' Ir Amiruddin atau hilang kuasa memandangkan kesetiaan dua Exco yang berperang dengan beliau sudah tiada.

Untuk merobohkan Sebuah Madrasah, enakmen terpaksa dipinda. Walaupun pindaan enakmen yang menjadikan Fatwa itu muktamad dan tidak boleh dicabar bercanggah dengan prinsip perlembagaan, ia tetap diteruskan kerana ia dapat memberi cukup masa bagi Madrasah Salihiah dirobohkan.

Apabila pindaan ini berkuatkuasa, Fatwa kedua yang ditukar dari fatwa asal tidak lagi boleh dicabar dimahkamah. Yang boleh dicabar hanyalah pindaan enakmen itu sendiri. Maka dalam masa pindaan enakmen itu dicabar, ruang adalah terbuka bagi Madrasah Salihiah dirobohkan. Kalaupun akhirnya pindaan itu dihukumkan oleh mahkamah sebagai tidak sah perlu ditarik balik, Madrasah Salihiah sudah lenyap digantikan dengan outlet yang menjual dan menyediakan pelbagai barang haram dan halal. Kita akui, PAS memang bijak.

Tapi, kesan paling besar dalam undang-undang negeri adalah ia bercanggah dengan perlembagaan, menjadikan hak rakyat untuk membantah ditolak secara total tanpa perlu diadili, malah ia juga bercanggah dengan prinsip islam itu sendiri bahawa tidak ada pihak yang sepatutnya berada di atas undang-undang.

Demi Sony Ho dan $$$$, apa sahaja diredah akan diredah PAS.

Penangan Anwarista sudah menewaskan Ustaz Azizan, satu persatu....

Setelah fatwa dipermainkan, ruang mahkamah disekat,  demi Sony Ho, keadilan dan suara rakyat Kedah mahu disekat sepenuhnya, Rakyat Kedah perlu bangkit demi mempertahankan institusi Madrasah, Majlis fatwa dan mahkamah yang kini diikat kedua tangan dan kaki.

Bersatu pertahankan Madrasah Salihiah, benteng dan maruah Umat Islam, dari dijual sekupang dua oleh PAS.

Rakyat Kedah dan NGO Islam perlu bangkit!!!!



Undang-undang ‘fatwa’ Kedah tidak ikut prinsip Islam, kata Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 19 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata enakmen terbaru digubal kerajaan negeri Kedah yang akan menghalang cabaran mahkamah terhadap aspek keagamaan (fatwa) adalah bertentangan dengan prinsip Islam.

Juanda bertanya sama ada pentadbiran negeri pimpinan PAS Kedah mahu menjadi sebuah kerajaan teokrasi atau konsep negara berkebajikan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

“Enakmen fatwa baru menunjukkan mereka sebenarnya menuju ke arah teokrasi dan bertujuan untuk memaksa penerimaan (orang ramai),” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Ini bertentangan dengan Islam,” katanya.
Beliau berkata Islam menerima dan menghormati perbezaan pandangan dari agama-agama lain.

Juanda berkata demikian sebagai respons mengenai Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 yang akan menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10), bagi memperjelas keahlian jawatankuasa fatwa serta menjadikan fatwa diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa sebagai muktamad.

Pindaan itu diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.

Menurut pindaan itu, “Fatwa yang diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.”

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mengikut Seksyen 22A yang baru, fatwa tidak boleh dicabar walaupun dengan undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.
“Fatwa mufti melibatkan ibadah dan hukum syarak, sekiranya berlaku kekeliruan perlu dirujuk kepada jawatankuasa fatwa,” katanya.

Beliau berkata, institusi kehakiman dengan institusi mufti dua perkara yang berbeza kerana mufti lebih kepada jawatankuasa pelaksana, pandangannya diwartakan kecuali hal-hal remeh melibatkan kepentingan awam.

PKR dan DAP masih belum memberikan respons terhadap langkah terbaru PAS yang mengetuai kerajaan negeri Kedah di bawah kesepakatan Pakatan Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam, Syahredzan Johan berkata enakmen itu tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan menentang prinsip asas demokrasi, yang menggariskan pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman negara.

“Terdapat satu individu yang membuat undang-undang, satu individu lain yang melakukannya, dan satu lagi individu yang melaksanakannya. Sebagai prinsip umum, apa-apa sahaja di bawah bidang kuasa awam dan mahkamah syariah bertentangan dengan enakmen ini serta prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.

Beliau menambah DUN tidak mempunyai kuasa untuk menggugurkan bidang kuasa mahkamah seperti yang ditekankan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan mengatakan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan hal-hal seperti yang disediakan undang-undang persekutuan.

“Bermakna, hanya undang-undang persekutuan (dan bukan kerajaan negeri) boleh mengambil alih bidang kuasa mahkamah sivil. Jadi hanya Parlimen boleh melakukannya,” katanya.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

PRU 13 jangan harap lah kami org kedah nak pangkah Pas lagi...good My Love good Bye !!

Tanpa Nama berkata...

Begitulah pemerintahan PAS lebih zalim dari UMNO, jelas PAS menipu serta memperbodohkan rakyat dari dulu hingga kini.

Tanpa Nama berkata...

pihak pemerintah telah salah guna kuasa...kenapakah niat sebenarnya kuasa mufti telah dinaikkan? telah tidak boleh dicabar? tidak boleh dipertikai kan? mufti hanya kakitanangan kerajaan yang berkontrak sahaja..jika dia meletak jawatan...lepas tu dia tak da kuasa dah........apa jadi kalau terdapat kesilapan di dalam fatwa yang telah dibuatnya dahulu? kenapakah enakmen ini perlu dipinda? ADAKAH APA APA ...YANG DALAM ENAKMEN ITU YANG TIDAK BETUL ATAU APA-APA YANG TELAH ROSAK YANG PERLU DIPERBAIKI LAGI....PELIK...KUASA MUFTI MENGATASI KUASA KEBAWAH DULI SULTAN KEDAH????? PERLU ADA KUPASAN LANJUT DAN HURAIAN LANJUT OLEH KERAJAAN NEGERI KEDAH...KENAPAKAH ENAKMEN INI MAHU DIPINDA? APAKAH TUJUAN SEBENARN? APAKAH NIAT SEBENARNYA OLEH PEMERINTAH KEDAH...WALHAL...PILIHANRAYA SUDAH TERLALU HAMPIR TERLALU MENDEKAT?....APAKAH KESUDAHANNYA ? KENAPAKAH PINDAAN DIBUAT DENGAN TERLALU GOPOH?

Tanpa Nama berkata...

No way man... PAS FOR ALL

Tanpa Nama berkata...

Geng-Geng Madrasah lagi syok kot, duit yang depa kutip boleh balas kat depa. Duit cukup liaq tapi ada hati nak tuduh orang baik-baik balas duit...macam sial!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates