Khamis, 5 April 2012

Dangdut Gerudi Kedah ; PAS Kepanasan

Negeri Kedah yang kini tidak lagi seperti dulu. Kami akui, sebagaimana diwar-warkan PAS, pentadbiran mereka memang berbeza dengan Barisan Nasional dulu.

Kalau dulu, memang tiada tarian dangdut di Pekan Kampung Tualang, tapi kini dangdut di Kampung Tualang memang wujud. Klik di Sini . Setelah mengelupur akibat imej mereka tercalar, blogger yang dibayar gaji di Wisma cuba menafikan laporan kami tanpa melakukan apa-apa penyelidikan.

Kami ulangi dakwaan kami, bahawa tarian dangdut gerudi telah dipersembahkan dengan mengajak penonton sekali menari diatas pentas di Kampung Tualang Kedah.

Kami berani mencabar semua rakyat Kedah, berkunjung dan berbuallah dengan mana-mana Penduduk di kampung Tualang, Kedah. Apakah benar penafian PAS bahawa tiada persembahan dan tarian dangdut di Kampung itu pada minggu lepas?

Kami cabar, terutamanya orang PAS, kecik saja jihad ni. Pergi dan bertanya sendiri kepada penduduk di situ. Anda akan dapat buktikan bahawa bagaimana PAS sanggup menipu sehinggakan perkara seumum ini pun mahu ditipunya.

Cuba bayangkan lagi, apakah mereka jujur dalam hal-hal lain?

Jangan lupa, minggu ini juga kami akan dedahkan bagaimana pemimpin lantikan PAS bertanggungjawab sepenuhnya MENJUAL ARAK. Ya, anda tidak silap baca, Pemimpin PAS Jual Arak.

Tunggu!!!!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

tokey pertunjukan tarian gerudi tu orang pas pis pus. dia anggap sebagai daya penarik untuk memjukan industri pelancongan di kampung tu. kerajaan pas pis pus Kedah kena bagi bantuan dan galakan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates