Khamis, 19 April 2012

FIRST SOLAR TUTUP OPERASI 4 PENGELUARAN DI KULIM, APA KATA PAS?

Sebaik saja mengambil-alih kerajaan negeri, PAS mewar-warkan bahawa pelaburan Industri Solar di Kedah adalah usaha mereka. 

Kilang First Solar disenaraikan sebagai pelaburan usaha kerajaan PAS sebagaimana digambarkan oleh blogger PAS dan Warta Darulaman (sebuah akhbar kerajaan yang telah ditukar menjadi akhbar politik). Ceritanya berbilion-billion, walaupun itu hanyalah kisah lembu punya susu, sapi punya nama.

Sebagaimana sebelum ini, bilamana terdapat masalah dan isu besar dalam bekalan air oleh SADA, kerajaan negeri cepat-cepat menunding kepada kerajaan pusat. Sebaliknya apabila loji atau lori bekalan air baru dirasmikan, secara ajaibnya SADA kembali kepada menjadi milik kerajaan Negeri dibawah PAS yang kononnya prihatin terhadap rakyat. Jika ada pula isu air timbul, maka kerajaan pusat pula yang akan dikatakan bertanggungjawab.

Mudah sungguh kerja PAS.

Berita rasmi terkini, First Solar akan menutup 4 pengeluarannya di Kulim Hi_Tech dan 500 orang pekerja akan dibuang pada peringkat awal.

Apakah persediaan kerajaan negeri yang mengaku membawa pelabur tersebut masuk? Apa akan berlaku kepada pekerja yang dibuang? Apakah usaha penempatan semula kepada mereka? Usah diharap, malah Ustaz Azizan atau YB Amiruddin pun tidak peduli. Apa susah, jika krisis begini berlaku, ia akan dikatakan tanggungjawab kerajaan pusat.

Itupun kalau dijawab, kalau Ustaz jawab "saya tak tau..mana saya tau.", nganga lagi la rakyat Kedah.


First Solar to cut factories, trim 2,000 jobs 

LA Times 

In what executives now call a "fundamentally changed" solar industry, thin-film panel maker First Solar Inc. is closing down factories and cutting 2,000 workers.

The layoffs represent 30% of the Tempe, Ariz.-based company’s global workforce. First Solar is also planning to close down a factory in Frankfurt, Germany, later this year while indefinitely idling four production lines at its facility in Kulim, Malaysia, on May 1.

The workforce reductions, which will cost First Solar up to $70 million in severance, will also reach employees in the U.S.
The scale-back is expected to save the solar giant as much as $60 million this year and then up to $120 million a year after.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

hermm ni yang kat kulim yang dekat penang tu apa citer jadi je biawak tu buat jugak

Tanpa Nama berkata...

Semakin hari Kerajaan Kedah tiada penambaikan, bidang perekonomian rakyat untuk menmabha pendapatan rakyat terutama gulungan muda yang belum berkerja, apa tidaknya apabila kilang-kilang di KHTP menutup orasinya. Bidang sosial, perangi anak muda semakin rosak dengan teramat banyaknya peranti-peranti hiburan melampau diseluruh pelusuk bandar tak kira kecil atau besar, MDKT umpama membiarkannya berleluasa beroprasi sahingga jam 2 ka 3 pagi. Bidang ugama Islam, tiada yang boleh dibanggakan, hanya KUIN yang menjadi masaalah kapada penambahan hutang Kerajaan Negeri yang terpaksa membayar hampir rm50juta setahun. Khidmat ADUN PAS dan PKR, tiada apa yang boleh dibanggakan, yang ada ADUA Bukit Lada dengan fb saja masa sidang DUN.

Tanpa Nama berkata...

Jaga-jaga umnonian, bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. La ni dah banyak musang berbulu ayam, umpama api dalam sekam.. Yang dok keja makan gaji dengan kerajaan bagi anak bini makan pun masih dok mengutuk kerajaan. Apa jenis manusia pun tak tau la.. Tambah-tambah lagi yang jadi cikgu ngan pensyarah tu. Mentang-mentang la depa tu pandai.( pandai la sangat..puii) Harap kerajaan jangan dok manjakan sangat puak-puak ni. Mengajar anak murid harapkan gaji semata-mata. Tapi tak semua mcm tu.. Sesapa yang terasa terkena kat batang hidung seniri tu sendiri mau ingat la.. Yang baik-baik tu harap teruskan usaha murni anda tu. Semoga tuhan memberkati hidup anda dunia dan akhirat.

de engineur berkata...

Scaling back of operation by First Solar has nothing to do with politics. Ianya lebih kpd keputusan ekonomi, permintaan panel solar merundum di eropah dan penstrukturan semula FIT yg melembabkan pertumbuhan permintaan panel.

Tanpa Nama berkata...

First Solar dah kembali meriah macam dulu.

Tanpa Nama berkata...

First solar lubuk rezeki

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates