Jumaat, 6 April 2012

GLC Kedah Hidang Arak

GLC Kedah yang diterajui oleh pemimpin PAS Kedah, malah CEOnya juga dilantik oleh PAS Kedah masih tetap menjual arak kepada pelanggannya.

Ini bukan soal jualan arak antara orang bukan Islam. Ini soal penglibatan orang Islam dalam urusan membeli, menghidang, menjual dan mengambil untung dari duit hasil arak.

Isu ini bukan isu baru, malah sudah lebih dua tahun kami menegur Kerajaan Kedah untuk menghentikan penjualan arak ini setelah ianya didedahkan.

Namun setelah lebih dua tahun ia didedahkan di sini, mereka tetap mahu membekal, menjual, malah menikmati keuntungan hasil arak.

Inikah yang dikatakan kerajaan Islam. Inikah yang di katakan kerja ikut cara Islam?

Ingat, ini bukan soal lesen kepada orang kafir untuk berniaga arak, sebaliknya umat islam sendiri menjual dan menghidangkan arak demi keuntungan wang ringgit.

Jika anda dulu, munkin anda tidak tahu apa yang akan PAS buat, tapi sokongan diberikan kali ini, anda seolah-olah menghalalkan arak diurusniagakan oleh kerajaan negeri sendiri.

Setiap undi yang diberikan kepada PAS, maka tanggunglah bersama-sama dosa menjual arak ini.

Buktinya?

Kami akan bagi bukti tepat yang tidak mungkin boleh dinafikan waima oleh tukang spin PAS yang paling hebat sekalipun. Berbanding Video Papagomo, lagi terang dan real bukti kami.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates