Sabtu, 14 April 2012

Konvensyen Media Sosial Kedah

Selepas selesai majlis di Gurun, Kedah Times ke Sungai Petani. Dalam perjalanan teringat iklan tentang satu konvensyen media sosial yang disiarkan di blog Melayu Terakhir Kedah, maka singgah la sekejap untuk melihat.

Tahniah kepada penganjur kerana menjayakan program tersebut. 

Tapi yang peliknya tiada blogger dari Kedah terlibat. Kenapa? Apakah low sangat ka blogger Kedah ni?

Dan ada angin-angin sampai ke telinga KedahTimes yang tiada blogger Kedah yang sudi bersama mereka. Betul ka?

Tapi dek nak tunjuk juga yang ada satu dua blogger di Kedah, maka ditangkap muat seorang dari ahli group KedahTimes untuk bercakap selama 5 minit di hadapan. Walhal mereka ada banyak masa untuk mencari sebelum program diadakan.

Cuma KedahTimes wonder .... i wonder ... i wonder .... how much it costs for such a program?


Kedah Times: Blogger elit wujud sebenarnya dan mereka ... mereka  ... semua dai Selangor atau KL ... Nasib la kami blogger perasan di Kedah ini. 

Mungkin benar kata Padi Jantan, blogger Kedah ni tiada nilai!

12 comments:

Tanpa Nama berkata...

Konvension Media sosial Kedah, takdak blogger Kedah?? Hmm..ada apa apa ka ni? Tapi memang blogger Kedah tiada nilai kerana tidak boleh dibayar untuk mencapai mana-mana agenda peribadi.

Blogger Picisan

orangeman berkata...

PADI JANTAN TU MEMANG BLOGGER KARUT.. NILAI SEKEPIANG PON TAK DAK.. POSTING DIA PON MERAPU ENTAH APA-APA..
TAPI KEDAHTIMES KIRA OK... ADA NILAI.. CAYANG KEDAHTIME..

Tanpa Nama berkata...

Detguaq, tolooong... sediiiiiih sangat. Dari hujung kaki hingga ka hujung rambut, bagi pihak penganjur di pohon kemaafan. Lain kali kita anjur lagi.

Anak-anak fb'kers kita dari semua gulungan yang hadzir melebihi 1000 hanya dijemput melalui fb mereka saja. Yang baiknya, mereka menyanjungi acara mendekati mereka, walau pun cenderahati dengan sehelai baji T dan sadikit makan tengah hari.

Di Langkawi, anjurannya dicampur Blogers dan FB'kers. 14/4 dikhusus kapada fb'kers. Akan datang dianjurkan pulak kalangan kawan-kawan Blogers, jika tiada aral melintang.

Tanpa Nama berkata...

Laaa...bukan Kedah Times memang dibayar ka? Dengaq kata banyak peruntukan turun pada hampa. Pastu hampa tak buat gheja. Ramai puak UMNO dok bengang kat hampa. Padan lah muka sebab tak dipanggil!!!!

Mukabuku berkata...

Konvesyen kelmarin ok.Tapi lebih ok klu penganjur dapat kesan blogger atau facebooker dari kalangan India dan Cina untuk berbincang tentang isu-isu media baru. Juga kalau boleh jadikan forum itu adalah 1 Malaysia di mana peserta terdiri dari pelbgi kaum.

Isu-isu perlu dikupas berdasarkan perpaduan bukan mebghentam sesama Melayu.

Jangan bercakap terlalu lama dan lebih baik biarlah ianya dihadiri oleh pemimpin masyarakat muda contohnya Datuk Mukhriz Mahathir.

Ramai blogger Kedah tak turun. Pasai pa?

Tanpa Nama berkata...

Muka buku:

Terima kasih la ingat juga pada Tokoh Muda macam Mukhriz ni.
Apa nak buat.Boleh jadi anda tak tahu cerita sebenarnya.
Ada blogger di"larang" jangan dok lambung nama Mukriz sangat.Takut Mukhriz jadi MB Kedah nanti.

Itulah perangai UMNO Kedah dan Melayu UMNO Kedah.

1 Melayu berkata...

Tanpa Nama April 15,2012 :6.05 AM,Blogger KEDAH TIMES bukan jenis blogger pelacur mana mana parti politik.Tiada siapa yang membayar kami menulis didalam blog kami.Tolong tunjuk bukti siapa yang membayar kami,jumlahnya dan siapa diantara kami yang telah dibayar oleh mana mana parti politik.

Kami menulis berteraskan kepada fakta dan kami bercakap yang benar hatta kalau Pemimpin Kerajaan atau pemimpin pembangkang melakukan perkara perkara terkutuk kami akan menyerang mereka.

Blogger Kedah Times bukan seperti sesetengah blogger elit dari Kuala Lumpur yang diupah menulis dan mereka berebut rebut mengejar ranking supaya dapat demand pembayaran yang lumayan dari TYCOON POLITIK yang mahu nama mereka dipopularkan.

Blogger Kedah Times bergerak dengan wang saku sendiri dan kami tidak pernah duduk dibawah atau dikawal oleh mana mana parti politik termasuk Badan Perhubungan Negeri Kedah.

1 Melayu berkata...

Bloggers Kedah Times terdiri dari anak anak jati Kedah yang menetap diseluruh negeri kedah,ada di Alor Star,Jitra,Langkawi,Gurun,Sik,Sungai Petani ,Baling,Padang Terap dan Kulim.Mereka ini amat sayangkan Negeri Kedah dan mereka tidak ingin melihat Kedah hancur dan ketinggalan didalam arus pembangunan termasuk mencapai matlamat wawasan 2020 menjadi sebuah negeri membangun.

Kami menulis bukan untuk mengejar wang ringit dari mana mana pemimpin parti politik,kami merupakan golongan professional yang mempunyai perkerjaan sendiri dan tidak bergantung hidup dengan parti politik.

1 Melayu berkata...

Pada konvensyen Media Sosial Pertama Di PWTC kami dijemput hadir,seramai 6 orang blogger kami hadir tetapi kali ini kami tidak dijemput.Kami hanya mengetahui melalui posting didalam FB dan Blog.

Apa yang kami perhatikan ialah yang pergi ke konvensyen hanya untuk berseronok seronok dan dengan harapan mendapat IPad ,Iphone atau Blackberry semasa cabutan bertuah.Selepas kembali ke negeri dan Bahagian Masing masing,mereka mereka ini yang digelar bala tentera cyber yang jumlahnya beribu ribu bukan berani menyerang musuh tetapi sebaliknya menyerang sama sendiri dan bergaduh didalam FB hingga membuka semua pekung,rahsia rahsia parti dan peribadi seseorang pemimpin.

Buat dan anjurlah berpuluh puluh konvensyen tetapi jika sikap buruk ini tidak boleh berubah,anda semua akan tewas didalam perang siber dengan musuh yang hari hari mencipta isu isu baru bagi mengelirukan rakyat.

Kami lihat Konvensyen ini tidak akan kemana mana dan ianya akan menghabiskan wang Rakyat.Presiden UMNO telah tertipu oleh cerita cerita baik oleh pihak penganjur,berapa ratus ribu wang rakyat digunakan untuk satu satu Konvensyen ini ? dan apa hasilnya ?

1 Melayu berkata...

Bagi blogger dan individu yang menuduh Blogger Kedah Times menerima wang ,kami cabar mereka untuk berdebat dan bersemuka dengan kami pada bila bila masa.

Tanpa Nama berkata...

Dari segi berjaya anjur berjya. lebih kurang 1100 orang hadir. lebih dari 200 orang berada di luar. lebih dari 100 balik awal.
Pengisian O. Yang hadir sekadar hadir. Facebooker yang punyai follower yang ramai ada beberapa orang sahaja. tetapi mengapa mengapa mereka tak di beri peluang untuk turut serta sebagai panel. Sebab yang mengendali di peringkat UMNO negeri tak terlibat sangant pun dalam dunia FB. Rakan2 FB dari KL di beri layanan oleh UMNO Negeri ??????????

anak merbok berkata...

Tanpa nama ,macam mana dikatakan berjaya ,Ketua Bahagian hanya 2 orang sahaja yang hadir ? pengendali FB yang mempunyai maximum pengikut tidak dijemput langsung dan FBooker ini menulis tentang isu isu semasa dan kerap kali menyerang pembangkang.Mungkin seketeriat Konvensyen tidak mengenali Facebooker dan blogger blogger yang Pro Kerajaan didalam negeri Kedah.Kalau tak tahu tanya pada orang lama dikedah ,mereka boleh membantu ,mungkin ada sesuatu agenda yang tersembunyi.Jangan terkejut jika ada orang membuat laporan kepada SPRM berkenaan berlakunya penyelewangan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates