Isnin, 16 April 2012

Lagi pengakuan blogger jurassic dan perasan Kedah


Ini Kedahtimes petik dari blog Sanggul Melayu. Dia mengaku dibayar tetapi dalam bentuk gaji yang diterima hasil kerja titik peluh dia. 

Kedah Times pun dibayar tapi setiap kali hujung bulan. Alhamdulillah, setakat ini tak pernah miss syarikat tempat kerja Kedahtimes bekerja. Ini hasil dari kekukuhan kerajaan BN sedia ada.

Cuma kepada individu yang dok macam bagi hint yang KedahTimes dibayar tapi tak deliver, tengok diri anda dulu. Kalau nak jadi champion dalam sesuatu, jangan melibatkan penghinaan dan keburukan orang lain. 
 Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Pengakuan Eksklusif : CCZ Adalah Blogger Yang Dibayar

Hmmm. Musim ini musin blogger berperang dengan blogger kot. Hari tu perang tentang Aaron kali ni tentang bayaran dan sebagainya.

Pada CCZ beginilah...Kita berjuang biarlah ikhlas. Kalau kita ikhlas, kita tak akan rasa apa-apa bila bertembung dengan pelbagai kerenah blogger dan kita tahu samaada dia mewah kerana dibayar, menulis kerana dibayar atau disuruh dan sebagainya. Sebabnya, kalau seseorang blogger itu dibayar pun, bukan sesen pun boleh masuk pada kita. Biarlah..Kalau terima bayaran pun itu dah dikira rezeki dia.

Kalau kita ikhlas, kita tak akan pernah nak ambil peduli samada blogger lain dibayar atau tidak. Dalam hati mungkin terdetik tetapi ikhlas dalam perjuangan maka kita akan anggap semua perkara berkenaan dibayar atau tidak adalah kecil malah itu adalah hak masing-masinglah.

CCZ kenal juga hampir sebahagian besar blogger Kedah yang hebat-hebat. Dan CCZ simpati jika sahabat pena CCZ iaitu dari kalangan anggota Kedahtimes dianggap negatif, besar kepala, terima bayaran atau sebagainya kerana hakikat perjalanan kumpulan itu sebenar-benarnya langsung tidak ditaja oleh mana-mana orang melainkan duit poket mereka sendiri.  

CCZlah sebenarnya seorang blogger yang dibayar. Bayaran yang CCZ terima adalah apa yang CCZ rasai nikmat pemerintahan BN selama CCZ sedari kecil sehingga kini walaupun dalam pemerintahan BN masih banyak hiburan yang sangat-sangat perlu diminimumkan. Namun dari pelbagai sudut, kerajaan yang sedia ada walaupun pernah terpalit dengan kelemahan pemerintahan yang cukup menyedihkan tetapi Kerajaan BN masih dapat berkhidmat dan memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Tak perlu bayar kerana jasa UMNO besar. Jasa BN besar. Dah cukup besar. Kalau berbayar bukan lagi dipanggil perjuangan tetapi dipanggil makan gaji. Kita perlu buat, kita perlu tulis, dan kita perlu akur. Maka pada CCZ hilanglah nilai kepuasan dalam menulis.

Sebahagian besar blogger Kedah TIDAK DIBAYAR.  CCZ cukup sedih kerana CCZ dan beberapa yang lain masih setia menulis sedangkan pada perjumpaan blogger pertama selepas PRU12, ramai lagi pejuang-pejuang hebat dalam dunia blogger tetapi berhenti kerana tak mampu meneruskan perjuangan atas sebab masalah duit ringgit. Nak bayar bil internet, sibuk dan sebagainya tetapi mereka setia dan mereka tak pernah menuduh itu ini terhadap Kerajaan malah sesama sendiri.

Namun isu dibayar itu adalah masih boleh diterima tetapi jika isu dikatakan parti membayar sejumlah wang tetapi hasil tak nampak maka itulah satu isu ibarat bom atom pada blogger yang tidak dibayar.

CCZ yakin benar, jika sekumpulan blogger Kedah yang tidak dibayar ini dibayar untuk menjalankan sesuatu tugasan, UMNO akan mengaum satu negeri. Sebabnya sesen duit yang masuk itu akan diguna sepenuhnya untuk membayar balik kepada parti bukan kepada individu.

Sedangkan duit gaji digunakan untuk biayai sepenuhnya perjuangan di alam cyber ini dan hasilnya menyentap banyak pihak tambahlah kalau diberi untuk membantu parti.

Pada CCZ..ramai benar yang salah anggap kepada blogger Kedah. Blogger pakatan boleh lah..Dapat banyak peruntukan. Blogger pro Kerajaan belum tentu. Sebab itu UMNO kuat. 10 pejuang berbayar akan terimbang dengan 10 pejuang tak dibayar. Kesannya..Imbanglah..mana UMNO nak roboh!

p/s : Apapun..Tengok sana! PRU13, itu yang penting. Kedah mesti ditawan semula oleh BN. Bukan UMNO sahaja tetapi BN! CCZ tak sokong individu tetapi CCZ sokong UMNO dan CCZ sokong BN!

1 comments:

CCZ berkata...

Sapa tu yang gelar CCZ blogger jurassic dan perasan ni? Nak kena cabai dah mulut tu..CCZ letak gambar hiasan baru-baru ni dalam posting 2 3 lepas muka ala-ala gadis Melayu nak jadi Arab, dituduh CCZ nak perasan pulak. Tu sekadar gambar hiasan. CCZ betul kot lari kot. Tengok gigilah kalau nak kata kat CCZ pun..

Tak apa! Demi PRU13, CCZ abaikan saja..Lepas PRU13, CCZ nak pi tokak sapa yang kata CCZ blogger Jurasic! Hampa nak kena no...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates