Ahad, 29 April 2012

Nik Aziz Patut Dihukum

Nik Aziz patut dihukum kerana mambantu puak bersih merosakkan harta awam dan negara.

Nik Aziz amat berdosa kerana memberi duit poket untuk peserta bersih hadir untuk menyahut seruan Ambiga pendokong LGBT untuk menghuru-harakan Kuala Lumpur.

Nik Aziz patut dipenjara kerana bantu perusuh mengganggu rakyat lain mencari rezeki di Kuala Lumpur.


Nik Aziz sangat berdosa kerana menyumbang kepada kejahatan dan kerosakan. 

Nik Aziz sangat berdosa kerana membantu perosak maruah negara.

Nik Aziz sangat-sangat berdosa kerana mengingkari ajaran Islam.

Ulamak apakah Nik Aziz ini? Ulamak sesat!


Nik Aziz akui beri duit poket peserta Bersih 3.0

KOTA BAHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi.

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah Pas turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas. - BERNAMA

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tok Guru politik yg melacurkan agama utk kepentingan Politiknya...Harimau mati tinggalkan belang..tok guru politik mati tinggalkan apa ??

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates