Ahad, 22 April 2012

PENGAKUAN DAN PENAFIAN KEDAH TIMES

Hari ini setelah berfikir panjang, Kedah Times membuat keputusan.

Bermacam-macam cerita telah Kedah Times dengar dari pelbagai sumber. Semuanya berkaitan dengan DUIT. DUIT. DUIT.

Kedah Times dipelopori  oleh sekumpulan pejuang Aliff Baa Taa yang sentiasa berpaksikan kepada KEMERDEKAAN. Apa maksud kemerdekaan?

Kami merdeka untuk menulis apa saja tanpa ada arahan atau suruhan sesiapa. Kami sentiasa berpegang kepada Aliff Baa Taa. 

Tetapi sejak dua menjak ini timbul Kedah Times dibayar atau makan duit UMNO. Untuk pengetahuan pelawat semua, prinsip KEMERDEKAAN itu kami pegang seteguh mungkin. Jika kami memohon bayaran atau dibayar, maka KEMERDEKAAN itu sudah tiada.

Jadi disini Kedah Times dengan tulus ikhlas ingin menyatakan:

1. Kedah Times tidak pernah menerima apa-apa bayaran atau duit dari mana-mana pihak samada UMNO atau individu tertentu. 

2. Segala perbelanjaan perjalanan, makan minum dan bil internet semuanya dari duit poket pendokong-pendokong Kedah Times.

3. Jika ada pun pusat internet yang diwujudkan, ianya bukan dibawah seliaan Kedah Times atau urusan Kedah Times. Kedah Times hanya membantu apa yang perlu jika diminta bantuan. Dan kami sedia membantu mana-aman pihak yang ingin bantuan untuk menjayakan perjuangan Aliff Baa Taa mereka.

4. Sehingga kini dan InsyaAllah, group Kedah Times tidak dan tidak akan melepaskan KEMERDEKAAN yang kami pegang dengan menerima bayaran atau upahan dari sesiapa.

5. Jika nama Kedah Times diguna atau dijaja oleh individu tertentu untuk mendapat upahan atau duit, Kedah Times tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi saluran untuk menghubungi Kedah Times wujud, maka hubungilah untuk pengesahan. KEdah Times boleh janji 100% yang tiada dikalangan ahli Kedah Times melakukan perkara sebegitu.

6. Kedah Times bukan milik UMNO Kedah. Kedah Times milik kumpulan pejuang cyber yang ikhlas membantu parti yang memperjuangkan Aliff Baa Taa.

7. Jika mana-mana blogger hebat yang ingin datang ke Kedah membantu UMNO Kedah, apa Kedah Times peduli. You are welcome. Kedah Times mengalu-alukan dan tiada apa-apa masalah. Tapi pesanan Kedah Times hanyalah satu, tak perlulah memburuk-burukkan orang lain untuk menunjukkan yang kita hebat.


Kedah Times memohon kepada pihak yang sering mengatakan yang Group ini dibayar atau menerima bayaran dari mana-mana pihak, bolehlah hubungi kami di Kedah Times. Jika masih tak percaya, kita jumpa dengan semua ahli Kedah Times. Tempat, masa dan tarikh boleh ditetapkan. Setakat belanja makan dan minum, Kedah Time bayar.

Adalah lebih baik bersemuka sendiri dengan Kedah Times daripada bercakap dengan mereka-mereka yang tidak tahu apa-apa tapi suka membaca cerita. 

Kedah Times sedia bertemu dengan mereka yang mengeluarkan duit atau peruntukan yang dikatakan wujud untuk membersihkan semua ini. Ini kerana Kedah Times tidak PERNAH menerima bayaran dari sesiapa.

Untuk pengetahuan semua, mereka yang ada akses ke dashboard Kedah Times saja yang menjadi ahli kumpulan Kedah Times. 

Sekali lagi Kedah TIMES NAFIKAN yang Kedah Times pernah menerima bayaran dai mana-mana pihak. Apalah ada sangat dengan Kedah Times .... blogger perasan... blogger picisan .... blogger tiada nilai.. blogger low class.

Kedah Times : Ingatkan blogger pembangkang yang asyik menuduh kami makan duit, rupa-rupa yang tak pro pembangkang pun sama juga.

21 comments:

Tanpa Nama berkata...

Wah, nampaknya KT begitu menggugat blogger2 pakatan di Kedah, sampai depa takdak modal lain dah nak dijadikan isu. Kami dah lama mengikuti KT, dan dari penulisan sepanjang masa, kami sendiri boleh agak yang perjuangan KT adalah alif ba ta, tanpa menyebelahi atau tanpa anjuran mana-mana pihak tertentu. KT bukannya macam Kedah La Ni, yang dibayar gaji yang banyak dan diberi pejabat di wisma darulaman, atau pun macam Kedah La, yang dapat elaun tapi penulisan yang sangat teruk. Teruskan perjuangan KT, tegakkan kebenaran dan perjuangan Alif Ba Ta sdr2 semua.

Al-Mahmudi

1 Melayu berkata...

Semalam seamsa Konvensyen Media Sosial di UITM Kedah ada seorang blogger menghebahkan yang blogger Kedah Times dibayar beribu ribu ringgit oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.Kami kenal siapa blogger itu,tolong jangan buat fitnah,anda boleh pergi semak sendiri dengan Setiausaha Badan Perhubungan ,Bendahari atau Pengerusi ,kepada siapa mereka menyerahkan wang tersebut dan berapa jumlahnya,lepas itu anda boleh buat laporan kepada SPRM.

Kami mempunyai maruah dan kami bukan penulis upahan atau pelacur kepada mana mana parti politik.Kami bukan macam sesetengah blogger elit yang menulis dari Kuala Lumpur berkenaan Negeri Kedah tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku diperingkat akar umbi.

Tanpa Nama berkata...

Adussss!!!Panas bontot tutttttt!!!!

Nadim Kedah berkata...

Kedah Times yg dihormati.
Biar hidup dan urusan kita jgn dicucuk hidung macam lembu pondan.
Bila tiba waktunya kena masuk kandang untuk disembelih.
Manakala dagingnya digantung.

Selamat maju jaya KTimes.
Apa ada pada duit kalau tak bahagia.

Tak betoi tetap balun.

AloQStaQ berkata...

Haha ! Lawak april betoi !

kalau kedahtimes selama ni kena bayor dengan somebody atau sapa2, dah tentu puak-puak admin kedahtimes tu dah pakai kereta Merc ka, BMW 5 series ka, paling lekeh cikai pun Honda Insight hybrid !

Ni tak ... depa tu dok mai pekena teh tarik saban minggu pun ada yang mai naik motor (masa tu hujan pulak tu!) kha kha kah!

ada yang elok sikit mai naik kereta buruk cap apa ntah ... lawakkkk ! lawakkkkk ! KEDAHTIMES kena bayor ??? haha !

Berapa depa tu bayaq kedahtimes huh?
2 kupang 5 det aja kot? ....

Streamyx kat rumah pun depa bayaq guna duit gaji depa sendiri oiiiii !!! .....



AloQStaQ

ketamtimes berkata...

terbaik ulasan hang aloqstaq.

aku sokong penuh, sebab aku kenai jugak secara mendalam puak2 yang dok jadi admin kedahtimes ni.

puak2 ni memang pala straight punya kaum ni ... yang tiada rasa nak memintak, tak pernah ada rasa nak mengharap, jauh sekali untuk depa mengambil atau menerima habuan.

depa tu cukup taat betoi dengan prinsip alif ba ta macam perjuangan mak bapak tok nenek depa zaman dulu seaktu membantu Tunku nak merdekakan tanah melayu.

bagi aku, aku cukup respek dengan prjuangan puak kedah times ni. depa ni ibarat rebuih tak empuk , kalau depa di tikam di dada - akan memancutlah darah yang ada logo kerih (logo umno la tu)!!

tak payah la sapa-sapa pun dok buat cerita fitnah kata depa ni dibayar, bak kata aloqstaq kat komen di atas tu, cerita tu MEMANG LAWAKKK!

tak pernah terjadi.
tak mungkin akan berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa yg dok sebut pasal KT dapat duit tu adalah jenis org yg dok balas duit UMNO atau org kaya UMNO yg gila nak jadi calon.

Depa ingat orh lain mcm depa.

Tanpa Nama berkata...

Tapi takkan KT tu maksum dan semua blogger lain salah, tak adil la mcm tu. mana ada manusia sempurna.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa Nama Isnin, April 16, 2012 1:35:00 AM ;

aku tak rasa pengkomen2 kat atas tu memaksudkan bahawa geng KT tu maksum dan semua blogger lain salah. tapi, aku faham maksud bahawa depa percaya KT bukan jenis ambil peluang macam SEGELINTIR blogger lain yang meminta-minta kepada somebody untuk menyara hidup berlandaskan blog diorang.

Selama ni aku dok ikuti blog KT ni, depa hentam tak kira sapa. UMNO buat salah, depa hentam. Pembangkang memang lauk depa laa! bahan utama bagi geng KT hentam khususnya PAS Kedah yang memerintah +- umno kedah dulu jugak, tak da ciri keislaman langsung (berbanding nik aziz di kelantan). sedangkan Pas Kedah dan Pas Kelantan adalah PAS. kitab rujukan yang sama, tapi pemerintahan jadi berbeza ... ini yang aku selalu tengok KT dok hentam.

nak kata KT makan duit umno kedah ? agak mustahil sebab selama ni aku dok tengok KT sering tibai perhubungan umno negeri kalau ada salah terhadap rakyat ...

jadi, kesimpulannya aku rasa, KT setakat ini masih boleh dipercayai bersih dari gejala menelan duit somebody untuk berblog!

BRAVO KEDAHTAIMS!


:- paklang e -:

Tanpa Nama berkata...

PAS ingat KT ni Sobri Sudin=salah; la ni ada juga geng UMNO ingat KT bawah UMNO Kedah=salah; depa ingat KT dapat duit pulak=salah; aku adalah seorang yg contribute artikel utk KT & memang tahu KT adalah pejuang UMNO tulen yg sanggup berjuang sampai PAS tersungkur dari bumi Kedah dalam PRU13 & menangkan Kedah demi kesejahteraan rakyat Kedah & bukan berjuang utk wang ringgit. KT ni depa semua ada keja masing2 dan ada keluarga; depa semua guna wang ringgit sendiri & kisah akar umbi guna wang ringgit sendiri utk perjuangan UMNO ni perlu dihargai oleh PM walau pun nampak tak penting, ia perlu di highlight. Akar umbi UMNO=guna wang sendiri banyak, tapi bila sampai ke Bahagian, dah start cakap pasal projek

Tanpa Nama berkata...

Innalhama'assabiriiinn... perjuangan belum selesai. Matlamat kita ialah, Kerajaan PR/PAS Kedah terbalik/tersungkur. Sekarang bloger PAS di Kedah pimpinan Zulkifli Yahaya semakin hilang taring, kerana hantaman teruk Kedah Times and the grup, dibantu oleh rakan-rakan bloger's, twitter's dan yeuteub rakan-rakan yang hebat-hebat dalam Kedah dan luar Kedah dengan dibantu lagi oleh kengkawan facebooker's proBN yang timbul dengan sendiri dan yang kita didik dalam kursus dan taklimat-taklimat, mereka bangun dengan senjata jejari membididik kebord taliphon, komputer, iPhon dan berbagai cara lagi menghentam mala'un-mala'un bloger, twitter, facebook dan yeutub proPAKATAN haram, sahingga sekarang mereka hampir lumpuh.

Di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia anjuran Kementerian Penerangan di UiTM 14/4 yang lalu, kita tambah lagi angkatan perang siber seramai 1500 orang terdiri dari gulungan muda, dimana hasilnya nanti kita akan berperang habis-habisan melalui siber ini dengan mala'un-mala'un bloger, twetter, facebook dan yeutub proPAKATAN haram yang mengutuk BN.

Matalamat peperangan kita harus kukuh dan kental dan jangan diabaikan dengan masaalah kecil, jika ada.

Pakteh berkata...

Apa Pakteh nak kata....Kalau blogger PR yang kata KT terima imbuhan/upah...Pakteh beranggapan ianya satu cara untuk pecahkan kepercayaan pembaca KT. Namun apabila ianya dari kalangan blogger Pro BN (Pakteh tak tau sapa blogger tersebut sebab Pakteh tak dapat hadir kerana ada Menteri mai Kampung Pakteh nak tengok hasil buluh yang Pakteh dok tebang), ianya amat mendukacitakan.

Disaat hanya tinggal 42 hari sebelum parlimen dibubar (hehehe...), tumpukan hanya kepada PR.

Jika masih ada yang tertanya-tanya..Pakteh yang tua bangka ni nak comfirmkan...Kedah Times 100% comfirm tidak ditaja, diupah, dibayar oleh sesiapa. Gerak kerja KT adalah demi Alif Ba Ta tanpa rasa takut dan khuatir samada dari BN atau PR.

Dah la satu habuk pun tak mintak....sekurang2nya jangan la dok tuduh yang bukan-bukan...

eh eh....sapa dari Perhubungan UMNO Negeri yang kenai KT?....

1 Melayu berkata...

Cucu Tok Wan aka flying kick kata blogger Kedah adalah dari kumpulan JURRASIC dan PERASAAN HEBAT.Siapa cucu tok wan ini ? dengan siapa dia makan gaji,apa latarbelakanya ? semuanya kami tahu.

Apa hebat sangatkah cucu tok wan ini ? dia menulis berkanaan negeri Kedah tetapi duduk di KL.Apa dia tahu perkembangan terkini yang berlaku didalam negeri kedah,maklumat yang dia dapat adalah third class info.Dia dibayar oleh Badan Perhubungan Negeri Kedah,tulisan pun tak setara mana,analisis pun half past six,jadi jangan dok suka hina orang.

Cucu Tok Wan look at yourself first before you start critising others.We will strip you to the maximum,just wait and see.

Tanpa Nama berkata...

Kedahtimes blogger besar kepala? Ishh.., kalau hangpa tau sapa geng kedahtimes, hangpa takkan kata depa besar kepala. Sebabnya, apa yang aku tau, geng kedahtimes ni geng lama malah sebelum kmu diwujudkan, depa dah berperang dalam alam cyber. Tak payah dok banding la dengan blogger baru (Bukan semua) yang boleh kalih macam kadir padukang tu, ikut kepentingan.

Takkan geng yang berpengalaman begitu lama dan tidak menonjolkan diri dikira besar kepala? Malah Umno Kedah pun tak dapat pastikan sapa geng kedahtimes, semua dok meneka saja. Sedangkan kalau nak cari makan, mesti la tunjuk muka kerap di Pejabat Umno Negeri.

Fikir-fikir la.

1 Melayu berkata...

Nak bagi tau cucu tok wan ,blogger Kedah Times bukan jenis pergi merempat ditingkat 6 atau tingkat 7 Bagunan UMNO UNTUK MENAGIH SIMPATI DAN MEMINTA SEDEKAH DARI PENGERUSI,BENDAHARI ATAU SU BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH.

Kami juga buka kaki bodek mana mana pemimpin UMNO ATAU MANA MANA MENTERI UMNO UNTUK LIGAN PROJEK macam sesetengah Blogger ELIT KL seperti cucu tok wan dan beberapa orang geng mereka yang hari hari ligan projek dari UMNO.

Kami mula berperang dalam alam siber semasa YBHG Tun Dr Mahathir dikecam oleh puak puak Aljubburi pada tahun 1998 lagi,malah ada blogger kami yang keluar UMNO BERSAMA YBHG TUN .

Cucu Tok Wan ,just for your info kami masih rapat dengan Tun hingga ke hari ini and Tun has the time to meet us when ever he comes to Kedah.Kami juga dapat melihat HIPOKRIT HIPOKRIT UMNO Kedah yang satu ketika semasa Pak Lah berkuasa memaki hamun Tun tiba tiba datang menunggu dilapangan terbang Alor Star untuk cium tangan Tun.

Cucu Tok Wan ,Perjuangan Kedah Times cukup panjang dan kami bukan jenis PENGKHIANAT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN TANAH AIR.

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA ! 1 Melayu dah sebut nama musuh KT secara direct.

Ini sudah kes berat ! Nampaknya belum sempat bertempur dengan geng pakatan , KT sedang bergasak dengan geng sePARTInya! yuhuuuu ! tepok-tepok ! biarkan mereka terjun dengan labu-labunya derrrr !~ senang kerja PAS nak pertahankan negeri ni.

kedahlani patut buat review peperangan sesama bendera ni. biar rakyat kedah nampak, diorang dah mabuk kuasa. KT kata dia hebat, TFK pun dok perasan dia lagi hebat, biaq piii!

Tanpa Nama berkata...

isk isk isk..apa depa kata lagu tu kat KT..cucutokwan ni kan geng dgn penganjur media soSIAL ni..buat event sapu beratus ribu..bajet keluaq ciput.yang lain masuk poket..wei geng2 RAK hampa ni pakat nak pusing 1malaysia buat konvensyen yg takdak motif buat apa??xcukup duit lg ka duit yg hampa sapu??

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah...hentikan sajalah cakap-cakap macam ni. Tumpu pada perjuangan sebenar...

Tanpa Nama berkata...

Nasib lah yang akan menentukan kemenangan BN Kedah PRU13 akan datang. Ada bloger's proBN dah berselisih faham sesama sendiri. Hari ini aku tengok semakin teruk. Bila nak selesai niii...?. Jika berpanjangan, gigit jarilah nanti kita semua niiii.

Dalam masa yang sama, jagoan cyber proPAKATAN dah mula ambik kesempatan jolok bagi panglima-panglima cyber proBN bergaduh lebih teruk lagi.

Cucu Tok Wan, jika anda rasa tersilap anda kena tarik balik statemen yang menimbulkan kemarahan mereka. Atau bagi penjelasan apa sabenarnya yang anda maksudkan.

Lagi pun, usaha membawa Konvensyen Media Sosial 1Malaysia ka Kedah yang diberi kerjasama oleh banyak pihak itu termasuk beberapa Jabatan Kerajaan termasuk UiTM memberi dewan percuma, adakah ianya memberi keuntungan individu?. Atau, Jawatankuasa Pusat Konvensyen hanya membantu merialisasikan hasrat PM yang melancarkan Konvensyen Media Sosial bulan lalu dan diarah pula dibuat dinegeri-negeri, kemudiannya dibuat melalui Kemterian Penerangan dan Jabatan Perdana?.

Dalam komen yang diberi, jentera cyber Kedah Times memuji penganjuran itu dan pada pandangan kita memang ianya berjaya dan cukup saksesful. Tapiii... yang terjadi masing-masing melenting pulak. Apa yang dibimbangkan ialah, semua anak-anak jentera cyber yang hadzir sebanyak hampir 1500 orang itu membacanya akan melemahkan semangat mereka nak membantu. Kan rugiii..!!!.

Apa yang penting semua pihak harus sejukkan kepala dan bekerja untuk matlamat yang sama, iaitu jadikan diri kita sebahgian daripada jentera cyber menghentam habis-habisan bloger, twitter, faecbok dan yeuteub proPAKATAN yang sekarang terlalu ghairah meloncat saperti kera dapat bunga, keghnyeh kat kita, macam perli kita bahawa kita terlalu rapoh hingga timbul sifat perselisihan faham sesama sendiri.

Apa pun, semua kita bekerja demi ugama, bangsa dan negara yang diperjuangkan oleh UMNO selama berpuluh tahun.

Tanpa Nama berkata...

Geng2 blogger KT takpa la jenis makan pencen. Dah tua2 pulak tu.Boleh la. Cuba takdak pencen, mesti meminta2. Tak adil la banding antara blogger yg makan pencen dengan blogger yang tak berniaga dan tak bekerja kerajaan. Perasan la KT ni.

1 Melayu berkata...

Tanpa Nama,tak betul tu,semua blogger KT kebanyakanya bekerja sendiri dan semuanya professional dan kami tidak bergantung kepada sesiapa,contohnya saya sendiri seorang veteran INVESTMENT BANKER dan 20 tahun dengan bank pelaburan .Kami mahu beri sumbangan percuma kepada kerajaan yang telah membangun negara denagan baik ,aman dan condusive untuk kami berniaga,itu janji kami dan kami tidak mahu lihat negara ini ditadbir oleh manusia yang gila.... ?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates