Sabtu, 14 April 2012

Pertunjukan pentas Ariff & Aspan - Helen Ang

Pertunjukan Pentas Ariff dan Aspan -
Oleh: Helen Ang (sumber disini)

Semalam saya ada menyebut sedikit berkenaan satu posting oleh blogger Sakmongkol AK47 berjudul ‘Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua (second nature) Umno’ yang disiarkan di The Malaysian Insider dan di banyak portal-portal lain.

Saya hairan kenapa Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz boleh duduk begitu lama dalam Umno sekiranya dia tahu parti tersebut selalu membohong dan menipu.

Sekiranya Datuk Sak tidak mengetahui bahawa Umno membohong dan menipu walaupun dia bertahun-tahun berada di dalam parti tersebut, bermakna Sakmongkol seorang yang kurang berotak cerdas (kerana tidak pernah juga menghidu ‘keperangaian kedua’ Umno itu).

Apapun DAP tidak berlengah-lengah untuk memungut politikus Umno yang nyata kurang alert ini.

Seorang lagi veteran Umno yang melompat ke DAP ialah Aspan Alias. Politikus-politikus BN yang keluar parti pemerintah disanjung sebagai wira yang berperwatakan amat mulia sekali.

Manakala politikus-politikus Pakatan yang keluar parti PKR, DAP atau PAS dicemuh sebagai “katak” — binatang yang tidak berprinsip langsung.

Portal The Malaysian Insider nampaknya memberi banyak ruang kepada Ariff dan Aspan untuk meluahkan pendapat mereka. Jika dilihat pada kalendar (bawah), tulisan mereka disiarkan beberapa kali seminggu.

Saya pula pernah dituduh sesetengah DAPster sebagai seorang penulis “penjilat bontot” BN. Yang peliknya ialah walaupun saya didakwa kononnya seorang pembodek kerajaan, namun karangan politik saya tidak diberi tempat dalam akhbar-akhbar milik parti pemerintah, misalnya NST atau The Star atau Utusan / Berita Harian.

Yang ada itu hanyalah sepucuk Surat kepada Pengarang (Star) pada 9 Ogos 2011 bertajuk ‘Keep abuse out in commenting‘, yakni huraian tentang perangai orang Malaysia yang mengomen di alam maya yang melampau.

Intipatinya walaupun Star adalah milik MCA namun suratkhabar berat sebelah itu tidak memetik tulisan-tulisan saya yang dianggap DAPster-DAPster sebagai anti-DAP.

Akan tetapi portal TMI yang diangkat para penyokong pihak pembangkang sebagai bersikap neutral dan objektif telah menyiarkan beratus-ratus buah karangan Ariff dan Aspan yang kuat menghentam Umno.
Inilah dunia tunggang terbalik politik pembangkang.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Datuk Mangkuk tu nak habaq yang penipu tu adalah dia sendiri. Umno sebuah parti.mana tau menipu. Yang dok menipu tuadalah dia sendiri tapi tak pernah sedar diri. Kalau orang Islam. Buat jahat takkan. Kita nak kata Islam jahat. Dia menulis kononnya nak tunjuk pandai tapi sebenarnya orang nampak bodoh dan. Bahlolnya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates