Isnin, 23 April 2012

Respek Ustaz Azizan, Pandai Buat Lawak...

Bila ditanya kenapa KUIN tak bayar hutang kiri kanan sampai kena saman Ustaz Azizan kata, federal pun tak bayar hutang kepada Kedah sebanyak 216 Juta.
Nah aih..Federal hutang Kedah!!!

Memang pandai buat lawak ustaz kita ni. Kalau dengar dek taksuban PAS depa akan zikir hak tu siang malam. Depa tak faham pun kata Ustaz Azian buat lawak saja.

Apa tak lawaknya, dengan kerajaan Kedah dok hutang 2 Billion, takkan la Ustaz Azizan serious nak kutuk kerajaan pusat. Ustaz pun tau, jangan kan minta semua sekaligus hutang dua billion tu, kalau kerajaan pusat kontra wang tahunan dengan hutang tu, contohnya potong setahun 200 juta untuk kurangkan hutang, mau terduduk ustaz.

Duit nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun takdak, pembangunan toksah gebang la. Pendek kata, kalau 2 billion tu di potong setahun 200 juta pun, maka kerajaan negeri akan runtuh dalam masa 1 tahun saja.

Mana tidaknya, mana ada kakitangan kerajaan negeri nak kerja percuma. Malah gaji blogger PAS pun takdak la.

Tapi walau dikutuk dan keji setiap hari kata zalim, sebenarnya kerajaan pusat tak pernah zalim, kalau zalim Exco dan MB tak merasa la Camry dan Mercedes baru!

Fikir-fikir la wahai rakyat Kedah...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates