Jumaat, 13 April 2012

Tu Dia, Kerja Umno lagi....

Senang sungguh kalau dapat berfikir macam orang PAS. Kalau Poster Umno atau pemimpin Umno kena hina, PAS kata rakyat benci pada Umno. Tapi poster PAS atau billboard (yang guna duit rakyat untuk kempen politik), depa kata Umno saja.

Depa sampai lupa, yang jatuhkan Umno dan naikkan PAS dulu tu sapa? Depa Lupa, yang tak pernah bagi peluang kepada PAS sebelum 2008 pun siapa, kalau bukan rakyat Kedah.

Tiba-tiba, depa lupa dah rakyat hakim negara. 

Kita tidak pernah menyokong perbuatan vandalisma terhadap mana-mana pihak, apatah lagi melakukan perbuatan tersebut. Jadi tuduhan melulu adalah tidak berlandaskan Islam macam dipesan Ustaz Azizan.

Kalau dibuat analisis, kita juga dapati terdapat kemungkinan kebencian rakyat kepada kerajaan PAS yang terus-terus menipu mereka menyebabkan mereka benci kepada pemerintah yang mahu menipu mereka lagi. Ada juga kemungkinan PAS sendiri yang cuba mengalih perhatian daripada ahli bawahannya yang sudah meluat dengan kemelut parti yang tidak habis-habis. Buktinya, sampai sekarang, setelah dicabar oleh blogger PAS sendiri untuk buat road tour bersama gandingan ustaz Azizan, Dr. Ismail dan Dato' Phahrolrazi tidak mampu diadakan.

Oleh, kemungkinan lebih besar adalah PAS sendiri memerlukan satu isu untuk mengalih perhatian dan memancing simpati rakyat yang sudah meluat kepada parti retorik itu.


Kedahtimes:
Kami tak sokong poster bukti penipuan ini diconteng kerana poster yang tidak diconteng akan lebih jelas memaparkan penipuan PAS dan PR.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates