Khamis, 5 April 2012

Tuntutan Pendidikan Percuma Di Kedah

Kami penduduk Kedah sangat teruja dengan cadangan agar pinjaman PTPTN dihapuskan dan konsep pendidikan percuma yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Segala hujah oleh Pakatan Rakyat bahawa pendidikan sepatutnya percuma telah kami persetujui.

Sehubungan dengan itu. kami dengan ini meminta Kerajaan Kedah mengambil langkah awal k earah pendidikan percuma yang mahu ditawarkan keseluruh Malaysia.


Kami dengan ini memohon agar:

1. Yuran pelajaran dan yuran kolej KUIN dihapuskan serta merta, dan segala yuran pelajaran beserta kolej  yang telah dibayar sebelum ini dipulangkan kepada semua pelajar dengan serta merta.

2.Semua pinjaman pelajaran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dihapuskan dan digantikan dengan biasiswa. Malah segala ansuran pinjaman yang telah dibayar balik sebelum ini dipulangkan kepada semua peminjam.

3. Semua tuntutan hutang berkaitan pelajaran yang telah, sedang dan akan dikeluarkan kepada peminjam oleh kerajaan negeri dibatalkan serta merta.

4. Yuran semua Sekolah Agama rakyat dihapuskan, malah kerajaan membiaya sepenuhnya sara hidup pelajar Sekolah Agama Rakyat dibawah kerajaan negeri.

5. Yuran PASTI dihapuskan terus dan kerajaan negeri memberi bantuan kewangan kepada semua PASTI dan semua pusat asuhan bagi menjadikan pendidikan adalah percuma bermula di negeri Kedah dan negeri-negeri dibawah pakatan rakyat.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates