Jumaat, 27 April 2012

Undang-Undang Keselamatan Telah Banyak Bantu Kecapi Ancaman


Datuk Latt Shariman Abdullah, Pegawai Khas Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, mengaku bahawa beliau amat gembira apabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dalam ucapan beliau sempena Hari Malaysia tahun lalu bahawa Akta Keselamatan Negara akan dimansuhkan.

Latt yang juga merupakan Ketua Bahagian di Kuala Kedah, berada di Dewan Rakyat pada hari Isnin bagi mendengar langkah-langkah yang dibentangkan oleh Perdana Menteri terhadap pemansuhan ISA.
 
Ia merupakan titik bersejarah bagi Latt sepanjang 20 tahun beliau. Beliau berkata bahawa beliau mula menulis kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa beliau masih belajar pada tahun 1990, untuk mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.

Semasa di koridor Dewan Rakyat, Latt menunjukkan kepada penulis parut yang terdapat pada bahagian lengan beliau yang dikatakan terjadi apabila beliau terlibat dalam pergaduhan dengan tiga lelaki Cina di luar kawasan universiti yang kemudiannya bertukar kepada penangkapan terbesar bagi ISA (Ops Lalang) pada tahun 1987.

Insiden terbabit menyaksikan pihak pembangkang mula menunding jari dan menuduh Barisan Nasional sebagai dalang disebalik operasi tersebut. Namun, barisan pemimpin BN juga pernah menjadi tahanan ISA. Jadi, ISA bukan sahaja menahan pihak pembangkang dan pemimpin kerajaan yang pernah menjadi tahanan ISA juga turut memberikan pendapat mereka ketika sesi Dewan Rakyat pada hari Isnin.

Bukan Malaysia sahaja yang mempunyai masalah terhadap isu-isu sensitif seperti agama dan budaya. Singapura juga mempunyai masalah yang sama dan mereka akan memberikan hukuman yang agak berat terhadap mereka yang memperlekehkan kerajaan negara tersebut.

Keadaan yang sama juga kini sedang berlaku di Amerika Syarikat setelah berlakunya kejadian pembunuhan seorang remaja kulit hitam oleh individu kulit putih. President, Barack Obama terpaksa campur tangan sebelum sebarang tindakan undang-undang dikenakan keatas pembunuh tersebut.

Di Malaysia, keadaannya berbeza - koposisi kaum - dengan kadar minoriti yang rendah yang sering dominan terhadap sektor ekonomi - yang kemudiannya sering mengakibatkan keamanan terhadap isu sosial selalunya bermasalah.

Jadi, dengan tekanan yang diberikan untuk mempercepatkan proses untuk memansuhkan ISA, pihak kerajaan mungkin tidak mempunyai sebarang jentera bagi mempertahankan negara jika berlakunya sebarang ancaman yang mungkin dikemukakan oleh pengganas.

Menggunakan alasan seperti yang diberikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Malaysia tidak mungkin akan menerima sebarang ancaman dari pengganas seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom sebagai contoh, kerana kita tidak mempunyai sebarang campur tangan terhadap isu antarabangsa yang melibatkan pengganas Islam adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab. Ini kerana terdapat bukti bahawa beberapa individu pengganas yang amat bahaya adalah rakyat Malaysia sendiri. Mereka mungkin tidak melakukan sebarang jenayah di negara sendiri tetapi mereka akan lari ke negara seperti Indonesia.

Kita tidak sepatutnya mengutuk pihak kerajaan hanya kerana mereka tidak dapat mengekalkan 'gold standard' dalam sikap demokrasi. Pihak pembangkang juga tidak boleh mengambil mudah akan isu seperti ini kerana hal ini melibatkan keselamatan negara terhadap ancaman pengganas.

Trend terhadap liberalisasi yang diamalkan oleh Najib kini boleh kita lihat melalui industri politik dan juga ekonomi. Pihak pembangkang sepatutnya menghargai segala kejayaan yang telah dikecapi. 

Pihak kerajaan semestinya telah menjalankan kerja yang amat memuaskan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada hanya enam buah negara yang mencatatkan lebih daripada lima peratus peningkatan terhadap kadar ekonomi negara bagi tempoh empat dekad, seperti yang ditulis oleh Ruchir Sharma dalam buku terbarunya, Breakout Nations: In Pursuit of the Next Economyc Miracles.

Segalanya bermula apabila Tun Razak, mantan Perdana Menteri, mengubah segalanya setelah berlakunya peristiwa berdarah pada tahun 1969. Sudah tentunya, anak beliau, Najib, akan mengikut jejak langkah bapanya dalam memacu nagara ini kehadapan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates