Jumaat, 27 April 2012

WAJIB SERTAI BERSIH 3.0


Kedah Times petik dari blog pro PAS.

Pertama, Kedah Times nak tanya kepada pengikut PAS, jika ketua BERSIH ialah seorang pembunuh atau penyamun, adakah pengikut PAS akan ikut serta?

Kedua, jika yang nak jadi imam sembahyang orang PAS adalah kaki main jubor, apakah penyokong PAS masih sudi menjadi jemaah imam tadi?

Ketiga, siapakah lebih mulia, Ambiga atau DS Najib? Yang boleh kita ikut dan sanjungi. Ambiga  penyokong LGBT, tapi DS Najib seorang pemimpin negara Islam.

Keempat, adakah wajib kita hadir memberi sokongan dan bersama pendokong LGBT? Sanggupkan kita hadir bersama kaum yang terang-terang menyokong cara hidup kaum Lut yang dimusnahkan?

Kelima, apakah berdosa jika mereka yang tidak hadir ke perhimpunan BERSIH?

Kedah Times paparkan cara penyokong PAS menghalalkan apa yang sudah disebut dalam Quran. Kaum Lut yang suka sesama lelaki dimusnahkan, tetapi penyokong PAS kata itu adalah hak peribadi mereka. Sedarkah penyokong PAS bahawa, dek kerana itu adalah hak peribadi mereka, kita orang Islam yang sembahyang siang dan malam juga mendapat tempias kemarahan Allah SWT.

Juga kepada Nik Aziz, mulut mestilah dijaga sebaiknya. Sebagai seorang Islam yang mengetahui ajarannya, Nik Aziz patut tidak mejatuhkan hukum 'WAJIB' hadir kerana ianya diketuai oleh seorang yang menentang cara atau norma kehidupan yang ditetapkan Islam. 

Kedah Times tak dapat bayangkan jika Abu Jahal masih hidup dan menjadi ketua BERSIH, apakah Nik Aziz masih menyokong Abu Jahal?

Fikir-fikirkan wahai penyokong PAS, Bala Allah bakal menjelma jika masih menyanjungi pendokong LGBT.


Petikan dari blog Pro PAS dan Muka Depa Harakah 27 April 2012

Hadir BERSIH 3.0 itu WAJIB! Faham!

BERSIH juga pejuang LGBT? Suka-suka sahaja depa ni buat cerita. Jangan buat fitnah yang melampau. Yang sokong LGBT bukan Bersih, tapi Ambiga. Sebagai seorang individu, Ambiga berhak buat apa sahaja pendirian. Individu ingat tu. Bersih bukan agenda individu. Bersih agenda besar. Nasional. Nak tangani pengundi hantu.

Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Sokongan kepada Ambiga dibawa sehingga ke dalam
Masjid Nabawi.
Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).


Ulasan dari Presiden Muafakat


Ismail Mina : Haram Sokong Ambiga Pejuang LGBT

KUALA LUMPUR 25 April – Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates